Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy tekan peri penting pekerja bebas ikuti perubahan dunia, tingkat kemahiran

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



PEKERJA bebas atau freelancer digalak meningkatkan kemahiran dengan menyertai kursus seperti program kerja sambil belajar bagi membina keyakinan pelanggan terhadap mereka.



Membuat gesaan itu, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kementerian Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, menekankan peri penting golongan ini menyesuaikan diri dengan perubahan dunia dan membina kemahiran bagi memastikan hasil pendapatan mereka tidak terjejas.



Beliau berkata demikian dalam satu dialog anjuran Berita Harian (BH) bagi membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi pekerja bebas semalam.



Lapan peserta dialog itu ialah Encik Mohammad Zahid Mohd Ali, pemilik J's Kitchen MakMor; Encik Zabidi Abdul Samad, juru andam; Encik Mohammad Kamal Mohamed Ibrahim Khalid, seorang juruvideo; Encik Muhammad Aslam Ismail, seorang jurukamera dan juruvideo; Cik Nur Jannatu Raudhah Yusoff, penjual produk kecantikan; Cik Nur Liyana Ahmad, pelatih reka bentuk grafik; Cik Amirah Mohamed Hadi, pembuat roti dalam talian; dan Cik Azurah Jan Che Onn Azahar, pengasas The Freelancers Academy.



Selain Encik Zaqy, dialog itu turut disertai Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.



Antara perkara yang ditimbulkan peserta dalam dialog itu ialah kos barangan yang semakin meningkat dan kestabilan pendapatan.



"Harga barangan seperti telur sudah meningkat. Ini menjejas harga produk yang kami jual kepada pelanggan," kata seorang peserta, Cik Amirah.



Dalam responsnya, Encik Saktiandi menarik perhatian bahawa inflasi tinggi akan berterusan hingga separuh pertama tahun hadapan disebabkan kos global dan domestik yang akan terus meningkat.



Justeru, beliau menekankan peri penting mereka menabung bagi hari-hari kemudian dan memikirkan tentang cabaran yang akan dilalui mereka.



Cik Nur Liyana berkata pandemik Covid-19 telah mendorong beliau mengadakan kelas dalam talian.



"Kini, kelas secara fizikal kembali seperti dahulu. Baru-baru ini, saya mengadakan bengkel di Apple," kongsi beliau apabila ditanya mengenai perkembangannya.



Berkongsi cabaran yang dihadapinya, Cik Nur Jannatu Raudhah berkata: "Kadar sewa gerai pasar malam boleh mencecah $10,000 dan selalunya kami yang akan rugi."



Oleh itu, beliau lebih gemar berniaga di gerai pop-up yang diadakan selama tiga hari pada kos yang jauh lebih rendah.



"Ini membolehkan pelanggan saya datang ke gerai dan membeli produk tanpa membayar kos penghantaran yang kini sudah meningkat," katanya.



Encik Mohammad Kamal pula berkata permintaan bagi perkhidmatan perkahwinan kini seperti pak andam dan jurugambar semakin meningkat kerana majlis secara fizikal sudah boleh diadakan semula.



"Sumber pendapatan utama kami kebanyakannya daripada acara perkahwinan dan sekarang ia perlahan-lahan kembali meningkat semula.



"Namun apabila tempoh sibuk tamat, tiada lagi tempahan. Oleh itu adalah penting saya menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi pelanggan saya untuk memastikan pendapatan saya tidak terjejas" katanya.



Semasa pandemik, beliau menyediakan perkhidmatan penstriman langsung dan melabur dalam lebih banyak peralatan agar dapat memenuhi lebih banyak keperluan pelanggan apabila niaga kembali rancak nanti.



LAPORAN SELANJUTNYA: Peluang 'pekerja bebas' kongsi keprihatinan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >