Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEKERJAAN

Zaqy: Tiga agensi M3 salur peluang pekerjaan golongan terjejas

Dec 27, 2020 | 05:30 AM



APABILA pandemik Covid-19 melanda Singapura dan menjejas pekerjaan dan pendapatan ramai anggota masyarakat, tiga agensi yang membentuk M Kuasa Tiga (M³) telah segera bekerjasama dan bertindak untuk menyalurkan pekerja kepada peluang pekerjaan yang ada.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkata struktur M³, yang terdiri daripada Mendaki, Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), telah menunjukkan bahawa masyarakat dapat dengan cepat mengumpul sumber, strategi dan pemimpin untuk menggerakkan usaha bagi membantu mereka yang terjejas.



Encik Zaqy menerajui bidang tumpuan keempat (FA4) M³, iaitu pekerjaan dan daya kerja, yang dilancarkan Oktober lalu dalam usaha membantu dan mempersiap tenaga kerja Melayu/Islam merebut peluang di tengah-tengah landskap Covid-19 ini dan juga pasca-pandemik.



Beliau berkata ia telah mencatat kemajuan baik, di mana antara lain Mendaki Sense telah membantu 3,500 pencari kerja Melayu/Islam, dengan 650 daripada mereka telah berjaya mendapat kerja.



Aplikasi CariKerja yang dilancarkan Mendaki Sense April lalu pula telah dimuat turun sekitar 35,000 kali, iaitu satu jumlah yang besar, kata Encik Zaqy.



Aplikasi itu membolehkan pencari kerja melayari dan memohon pekerjaan yang tersedia selain menganjurkan pameran kerjaya di dalam talian.



"Memandangkan kita sudah ada program nasional dan ini hanya dilancarkan untuk menjangkau kepada anggota masyarakat yang mungkin tidak biasa atau selesa dengan jangkauan nasional, saya rasa ia agak membanggakan dalam tempoh yang singkat. Dan dengan kekangan Covid-19, saya rasa kita telah melakukan agak baik," katanya.



Melangkah ke hadapan, Encik Zaqy berkata apa yang penting adalah untuk terus menggalak pencari kerja memanfaatkan program Tenaga Kerja Singapura (WSG) seperti Program Penukaran Profesional (PCP) dalam sektor yang kian berkembang.



Beliau menambah, Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang juga Pengarah Sekretariat bagi Divisyen Operasi dan Mobilisasi di NTUC, akan mengambil alih memimpin FA4 "supaya dapat menggunakan rangkaian kesatuan untuk membawanya ke fasa seterusnya".



"Sedang kita memasuki fasa ketiga, saya rasa adalah penting kita dapat keluar, mendapatkan sokongan, gunakan rangkaian kesatuan ke dalam syarikat dan lihat bagaimana kita dapat membantu lebih ramai anggota masyarakat kita beralih ke sektor yang kian berkembang," kata Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >