Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Usaha wujudkan tempat kerja lebih selamat berterusan

Sep 20, 2023 | 05:28 PM



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, menegaskan bahawa langkah memastikan tempat kerja kekal selamat tidak terhenti dengan berakhirnya Tempoh Keselamatan Dipertingkat (HSP).

Tempoh selama sembilan bulan itu diperkenal bagi menangani meningkatnya kematian di tempat kerja dan telah berakhir pada 31 Mei, berikutan kadar kematian di tempat kerja yang lebih rendah.

Beliau mengesahkan usaha berterusan tersebut di Parlimen pada Selasa dalam respons terhadap usul penangguhan oleh Encik Melvin Yong (Radin Mas) yang menggesa agar tempoh HSP dilanjutkan.

“Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) tidak bermula dengan HSP dan ia tidak akan berakhir dengan berakhirnya HSP,” kata Encik Zaqy.

Dalam mengemukakan usul penangguhan tersebut, Encik Yong berkata tempoh yang lebih lama diperlukan untuk membangunkan budaya keselamatan di tempat kerja yang lebih kukuh bersama.

“Menghentikan tempoh HSP selepas hanya lapan bulan boleh menjejas usaha serta kerja keras kita selama ini,” kata Encik Yong.

Beliau menyarankan empat cara terbaik untuk mewujudkan kerjasama antara pemerintah dan rakan industri dalam mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat, menggunakan akronim “Save”.

Ia merujuk kepada reka bentuk tempat kerja yang selamat, profesional Kesihatan dan Keselamatan Tempat Kerja khas untuk semua tempat kerja, saman serta perintah berhenti kerja dan pemeriksaan penguatkuasaan terhadap amalan tempat kerja yang tidak selamat.

Menurut Encik Yong, tempat kerja yang selamat merupakan hak asas semua pekerja.

Memberikan respons terhadap usul itu, Encik Zaqy berkata pemerintah telah mengekalkan kebanyakan daripada langkah yang dikuat kuasa bagi HSP dan akan terus mewujudkan langkah keselamatan baru.

“Kita mempunyai piawaian tinggi dan meskipun tempoh HSP telah berakhir, kita tidak akan menghentikan usaha ini,” kata Encik Zaqy.

Beliau turut menekankan terdapat langkah intervensi lebih khusus yang diperlukan bagi kerja-kerja pembinaan yang dibuat pada skala lebih kecil, termasuk renovasi dan pengurusan prasarana.

Ini membentuk sebahagian besar daripada jumlah kecederaan teruk dan juga kematian di tempat kerja berkaitan kerja-kerja pembinaan, tambah Encik Zaqy.

Menurutnya, pemerintah kini bekerjasama dengan agensi relevan untuk mempertingkat piawaian keselamatan untuk golongan pekerja binaan.

“Meskipun kita tidak lagi dalam tempoh HSP, saya ingin memberikan keyakinan bahawa kita akan terus mengusahakan langkah-langkah keselamatan untuk mewujudkan budaya keselamatan di tempat kerja yang lebih kukuh di seluruh Singapura,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >