Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja warga Bangladesh maut dalam nahas tapak binaan di Cavenagh Road

Sep 17, 2023 | 03:48 PM



Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 41 tahun maut susulan kemalangan di tapak kerja Koridor Utara-Selatan (NSC) di Cavenagh Road pada Sabtu.

Menukil laporan The Straits Times (ST), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata pada Ahad bahawa pekerja Royale Construction itu terkena palet silinder gas yang terjatuh semasa operasi pemunggahan.


Kemalangan itu berlaku sekitar 10.45 pagi dan beliau dibawa ke hospital, tambah MOM.

menurut polis, ia menerima panggilan meminta bantuan di 3 Mount Elizabeth – iaitu alamat Hospital Mount Elizabeth – pada 12.46 tengah hari, Sabtu.

Lelaki itu meninggal dunia di hospital.

Berdasarkan siasatan awal, polis berkata ia tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat dan siasatan sedang diteruskan.

Pemaju projek itu ialah Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), dan penghuninya ialah Leighton-Yongnam Joint Venture (LYJV), kata MOM.

Pada 2018, Leighton Contractors (Asia) Limited (Cawangan Singapura) dengan Yongnam Engineering & Construction telah dianugerahkan kontrak bernilai $553.8 juta oleh LTA untuk membina sebahagian terowong NSC antara Kampong Java Road dengan Suffolk Walk.

Projek itu melibatkan kerja-kerja rekaan dan pembinaan termasuk, antara lain, terowong kenderaan tiga lorong berkembar sepanjang 640 meter.

LTA pada Ahad berkata mangsa yang meninggal dunia telah diambil bekerja oleh subkontraktor di bawah LYJV dan tiada kecederaan lain dilaporkan dalam kejadian itu.

“Kami berdukacita dengan kemalangan itu dan sedang bekerjasama dengan kontraktor kami untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga mendiang.

“LTA memandang serius insiden keselamatan. Semua aktiviti kerja di tapak kerja NSC di bawah LYJV dihentikan serta-merta. LTA dan LYJV sedang membantu polis dan MOM dalam siasatan mereka,” tambah LTA.

MOM berkata ia telah menghentikan operasi pemunggahan di tapak tersebut sementara siasatan sedang dijalankan.

Kerja-kerja bagi NSC sepanjang 21.5 kilometer bermula pada 2018 dan dijangka siap mengikut jadual menjelang 2027.

NSC bermula di Admiralty Road West dan berakhir di East Coast Parkway, berdekatan Republic Boulevard.

Sekurang-kurangnya 17 kematian di tempat kerja telah berlaku pada 2023, termasuk kemalangan yang berlaku pada Sabtu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >