Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

10% hasil dana Golf Amal BH-AMP bakal disalur kepada Hadiah Buku BH

Jul 22, 2025 | 8:00 PM
Hadiah Buku BH, golf amal, BH-AMP
Sebanyak 10 peratus daripada dana yang dikumpulkan melalui acara, Golf Amal BH-AMP, akan disalurkan kepada Hadiah Buku Berita Harian. - Foto BH

Sebanyak 10 peratus daripada dana yang dikumpulkan melalui acara Golf Amal BH-AMP akan disalurkan kepada Hadiah Buku Berita Harian (BH).

Ini merupakan sebahagian usaha daripada acara yang julung-julung kali dianjurkan bersama oleh BH dan AMP Singapura, yang bertujuan membantu golongan kanak-kanak, belia dan keluarga memerlukan.

Hadiah tersebut akan diberikan kepada sekurang-kurangnya dua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IHL) yang melanjutkan pengajian dalam bidang Komunikasi, Media atau Pengajian Melayu.

Terdahulu, Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, berkata usaha itu merupakan salah satu cara akhbar BH menyumbang semula kepada masyarakat, dengan menggembleng tenaga dan sumbangan masyarakat Singapura secara am, sekali gus mencerminkan perpaduan kukuh antara masyarakat berbilang budaya negara ini.

“Usaha ini mencerminkan komitmen BH untuk memberi kembali kepada masyarakat, terutama pada waktu yang mencabar,” tambah Encik Nazry.

Di samping itu, sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan dana yang berjaya dikumpulkan akan diperuntukkan kepada Persatuan Kanak-Kanak Singapura bagi menyokong pelbagai program dan perkhidmatan yang dijalankannya di 10 pusat serata negara.

Baki 50 peratus pula akan digunakan untuk membiayai program sokongan sosial anjuran AMP, khusus bagi membantu keluarga berpendapatan rendah membina kehidupan lebih stabil dan berdaya maju.

Secara keseluruhan, lebih $260,000 berjaya dikumpulkan menerusi acara Golf Amal dan Jamuan Malam BH-AMP, pada 22 Julai di Orchird Country Club.

Jumlah sumbangan tersebut dijangka mencecah $400,000 dengan geran padanan yang bakal diterima.

Angka tersebut melebihi sasaran awal yang ditetapkan pihak penganjur, iaitu sebanyak $300,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg