Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

10 sorotan utama daripada laporan sempadan GE2025

Mar 11, 2025 | 6:50 PM
Antara perubahan yang dicadangkan adalah penubuhan dua GRC empat anggota baru, pengurangan satu GRC lima anggota, serta pembentukan semula sempadan untuk beberapa kawasan undi.
Antara perubahan yang dicadangkan adalah penubuhan dua GRC empat anggota baru, pengurangan satu GRC lima anggota, serta pembentukan semula sempadan untuk beberapa kawasan undi. - Foto ZAOBAO

Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) mencadangkan perubahan daripada 17 Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) dan 14 Kawasan Undi Perseorangan (SMC) ketika ini kepada 18 GRC dan 15 SMC bagi Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).

Laporan EBRC, yang dikeluarkan pada 11 Mac, membuka jalan bagi GE2025, yang mesti diadakan sebelum November 2025.

Antara perubahan yang dicadangkan ialah pembentukan dua GRC empat anggota baru, pengurangan satu GRC lima anggota, serta pembentukan semula sempadan beberapa kawasan undi.

Berikut adalah 10 perubahan utama daripada laporan EBRC:

1) GRC Punggol baru dengan empat anggota

GRC Pasir Ris-Punggol dibubar. Estet perumahan di Punggol akan digabungkan dengan SMC Punggol West untuk membentuk GRC Punggol baru.

2) GRC Pasir Ris-Changi baru serap sebahagian East Coast

Dengan pembentukan GRC Punggol, baki kawasan undi dari GRC Pasir Ris-Punggol lama akan digabungkan dengan kawasan berdekatan GRC East Coast – estet Loyang dan Flora – untuk membentuk GRC Pasir Ris-Changi baru yang mempunyai empat anggota.

3) GRC East Coast serap estet Chai Chee, Siglap

GRC East Coast akan menyerap sebahagian daripada GRC Marine Parade, antaranya estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Chai Chee dan estet privet di Siglap.

4) GRC Marine Parade-Braddell Heights baru serap MacPherson, sebahagian Potong Pasir, Mountbatten

SMC MacPherson akan diserap ke dalam GRC Marine Parade-Braddell Heights yang baru, iaitu sebuah GRC lima anggota yang turut menyerap masuk sebahagian estet di Potong Pasir dan SMC Mountbatten.

5) GRC Chua Chu Kang ambil estet Tengah

GRC Chua Chu Kang akan merangkumi pembangunan HDB akan datang – Rail Green I dan II; serta Plantation Edge I dan II di Tengah – yang sebelum ini terletak dalam sempadan GRC Chua Chu Kang dan GRC Holland-Bukit Timah.

Bagi mengekalkan GRC Chua Chu Kang sebagai GRC empat anggota, kawasan Bukit Gombak dan Hillview akan diasingkan untuk membentuk SMC Bukit Gombak yang baru.

6) GRC Jurong East-Bukit Batok baru gabung Bukit Batok, Yuhua, sebahagian Hong Kah North

SMC Hong Kah North akan digabungkan dengan GRC Jurong dan SMC Bukit Batok serta Yuhua untuk membentuk GRC Jurong East-Bukit Batok yang baru.

Bagi mengekalkannya sebagai GRC lima anggota, SMC Jurong Central akan dibentuk, manakala estet Jurong West dan Taman Jurong akan dikeluarkan.

7) GRC West Coast-Jurong West baru serap Taman Jurong, keluarkan sebahagian estet di Dover, Telok Blangah

GRC West Coast, yang diberi nama baru GRC West Coast-Jurong West, akan menyerap estet di Jurong West dan Taman Jurong daripada GRC Jurong yang kini telah dibubar. 

Estet di HarbourFront dan Sentosa akan diserap ke dalam SMC Radin Mas, manakala estet di Dover dan Telok Blangah akan dipindahkan ke GRC Tanjong Pagar.

8) GRC Tampines serap kawasan Tampines West daripada GRC Aljunied

Kawasan undi di Tampines West, yang sekarang berada di dalam GRC Aljunied, akan dipindahkan ke GRC Tampines – termasuk estet baru berhampiran stesen MRT Tampines West dan di belah timur Bedok Reservoir.

9) SMC baru dibentuk daripada Ang Mo Kio, Sembawang, Tampines, Tanjong Pagar

Untuk mengelakkan empat GRC lima anggota sedia ada menjadi terlalu besar, SMC baru akan dibentuk. 

SMC Jalan Kayu akan dibentuk daripada GRC Ang Mo Kio. SMC Sembawang West dan SMC Tampines Changkat masing-masing akan dibentuk daripada GRC Sembawang dan Tampines. SMC Queenstown pula akan dibentuk daripada GRC Tanjong Pagar.

10) Sempadan sembilan kawasan tidak berubah

Kawasan yang sempadannya tidak berubah ialah: GRC Sengkang, Bishan-Toa Payoh, Jalan Besar, Marsiling-Yew Tee, Nee Soon, dan SMC Hougang, Bukit Panjang, Marymount dan Pioneer.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg