100 keluarga rai Tahun Kuda di Gallop.SG di Sembawang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

100 keluarga rai Tahun Kuda di Gallop.SG di Sembawang

Feb 21, 2026 | 4:35 PM

100 keluarga rai Tahun Kuda di Gallop.SG di Sembawang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, Gallop.SG, Sembawang GRC, Gabriel Lam, Ong Ye Kung, Ng Shi Xuan
Anggota Parlimen GRC Sembawang, termasuk Encik Gabriel Lam (kiri), Encik Ong Ye Kung, yang juga Menteri Kesihatan (dua dari kiri), serta Encik Ng Shi Xuan (paling kanan) turut menghadiri pembukaan Gallop.SG di Sembawang pada 21 Februari. - Foto PEJABAT KAWASAN UNDI SEMBAWANG CENTRAL

Keceriaan terpancar di wajah sedang seramai 100 keluarga berpendapatan rendah meluangkan pagi 21 Februari meneroka kandang kuda yang baru dilancarkan di Sembawang, Gallop.SG.

Kunjungan tersebut, yang diadakan sempena pembukaan rasmi Gallop.SG, memberi peluang kepada keluarga memberi makan kepada kuda padi dan menunggang kuda, serta menikmati permainan karnival dan lawatan kandang berpandu.

Usaha ini sejajar dengan komitmen Bandar Sembawang untuk mempertingkat kehidupan penduduk dan merapatkan ikatan keluarga.

Acara tersebut dianjurkan bersama Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Sembawang Central, Canberra dan Naval Base di bawah Persatuan Rakyat (PA) dengan kerjasama Gallop.SG, sempena meraikan Tahun Kuda bagi Tahun Baru Cina.

Turut hadir bagi memeriahkan acara tersebut ialah Anggota Parlimen GRC Sembawang, iaitu Menteri Kesihatan yang juga Menteri Penyelaras Dasar Sosial, Encik Ong Ye Kung, serta Encik Gabriel Lam dan Encik Ng Shi Xuan.

Mengulas lanjut, pengerusi penganjur acara tersebut, Encik Kelvin Tung, 38 tahun, berkata program itu bertujuan menyokong keluarga yang bukan hanya sebagai penerima bantuan tetapi juga anggota masyarakat yang dihargai.

“Kami berharap pembukaan kandang ini akan menawarkan peluang baru untuk bersenam, belajar dan merapatkan ikatan kekeluargaan, mengukuhkan kepercayaan kami bahawa masyarakat yang kukuh bergerak ke hadapan bersama-sama,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg