Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

100 penduduk diarah keluar dalam kebakaran di Bedok North

Jun 7, 2024 | 12:44 PM
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan tentang satu kebakaran di Blok 541, Bedok North Street 3 pada 6 Jun sekitar 10.10 malam.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan tentang satu kebakaran di Blok 541, Bedok North Street 3 pada 6 Jun sekitar 10.10 malam. - Foto FACEBOOK SCDF

Sekitar 100 penduduk di blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Bedok telah dipindahkan menyusuli satu kebakaran di sebuah unit di tingkat tujuh pada 6 Jun.

Di akaun Facebook pada 7 Jun, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan tentang kebakaran di Blok 541, Bedok North Street 3 pada 6 Jun sekitar 10.10 malam.

Anggota bomba dari Balai Bomba Paya Lebar dan Balai Bomba Changi memecah masuk ke unit yang dipenuhi asap.

Kebakaran itu, yang melibatkan barangan dalam sebuah bilik tidur, berjaya dipadamkan dengan jet air.

Tiada sesiapa berada di dalam unit itu semasa kebakaran berlaku, kata SCDF.

“Akibat kebakaran, keseluruhan bilik tidur musnah dan seluruh unit yang terjejas mengalami kerosakan ekoran haba dan jelaga,” tambah SCDF.

SCDF dan polis memindahkan sekitar 100 orang dari blok terjejas sebagai langkah berjaga-jaga.

Tiada kecederaan dilaporkan, kata SCDF.

Punca kebakaran masih disiasat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg