Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Basikal elektrik terbakar di Bedok South, 50 penduduk dipindah

May 26, 2024 | 8:47 PM
Kebakaran di Blok 38 Bedok South Road melibatkan sebuah basikal menggunakan kuasa (PAB) di koridor.
Kebakaran di Blok 38 Bedok South Road melibatkan sebuah basikal menggunakan kuasa (PAB) di koridor. - Foto tangkapan layar SHOPWITHLALA4/TIKTOK

Sebuah basikal elektrik terbakar di tingkat lima flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Bedok, menyebabkan dinding dan koridor hangus.

Kejadian yang berlaku pada 25 Mei sekitar jam 11.45 malam itu menyebabkan kira-kira 50 penduduk terpaksa berpindah sebelum bomba tiba.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kebakaran di Blok 38 Bedok South Road melibatkan sebuah basikal menggunakan kuasa (PAB) di koridor, lapor The Straits Times.

SCDF memadamkan api menggunakan pancutan air, dan tiada kecederaan dilaporkan.

Siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran mungkin berpunca daripada pek bateri PAB.

Sebuah video yang dimuat naik di platform media sosial TikTok oleh seorang netizen bernama “shopwithlala4” menunjukkan sebahagian daripada koridor blok HDB itu dijilat api, diiringi letupan dan penduduk menjerit, “Ada kebakaran.”

Berikutan kejadian itu, SCDF mengeluarkan nasihat mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli bateri bukan asli untuk basikal elektrik mereka, dan tidak mengecas bateri ini untuk tempoh yang lama, atau membiarkannya mengecas semalaman.

Mereka juga berkata peranti mobiliti peribadi dan basikal elektrik yang dijual secara tempatan mesti memenuhi piawaian pensijilan keselamatan UL2272 dan EN15194 yang dikeluarkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg