Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

1,000 keluarga memerlukan terima baucar $100 menerusi inisiatif Trust Bank

Aug 25, 2025 | 3:47 PM
Trust Bank Singapore, Trust Bank, Fairprice, Qian Xiaodong, Joanna Lam
(Dari kiri) Ketua Pegawai Analitik FairPrice Group, Encik Qian Xiaodong (berbaju biru gelap); Pengarah Kelompok (Kesediaan Digital) IMDA, Cik Joanna Lam; Pengarah Bahagian Penyampaian Khidmat MSF, Cik Denise Low; Ketua Pegawai Eksekutif Trust Bank, Encik Dwaipayan Sadhu; dan Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Dr Syed Harun Alhabsyi; merasmikan permulaan pengalaman beli-belah berpandu bersama keluarga penerima bantuan dan sukarelawan Trust. - Foto TRUST BANK SINGAPORE

Bagi meraikan pencapaian mempunyai sejuta pelanggan, bank digital, Trust Bank, telah melancarkan program sumbangan semula bernilai $100,000.

Program itu menawarkan pengalaman beli-belah berpandu untuk keluarga yang mempunyai anak dan tinggal di flat sewa di Ang Mo Kio serta Yishun.

Seramai 1,000 keluarga memerlukan menerima baucar FairPrice bernilai $100 setiap satu.

Setiap keluarga dipadankan dengan seorang sukarelawan Trust untuk pengalaman beli-belah yang disokong oleh teknologi kecerdasan buatan generatif (GenAI).

Acara yang berlangsung di FairPrice Xtra @ VivoCity pada 23 Ogos itu bertujuan membantu keluarga menguruskan keperluan harian dengan lebih baik melalui baucar FairPrice.

Ia dianjurkan Trust Bank dengan kerjasama FairPrice Group (FPG), inisiatif ComLink+ Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Pengalaman beli-belah berpandu itu membolehkan keluarga menggunakan alat GenAI semasa berbelanja di FairPrice untuk membuat pilihan barangan runcit yang lebih sihat dan berpatutan, sekali gus meningkatkan kemahiran digital dan kewangan mereka.

Sukarelawan Trust berkongsi panduan asas mengenai GenAI yang diadaptasi daripada rangka kerja Digital Skills for Life IMDA bagi membekalkan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran digital untuk tugasan harian.

Mereka turut berkongsi mengenai bagaimana alat GenAI boleh memberi panduan masa nyata ketika membeli-belah.

Sukarelawan turut mencadangkan soalan mengikut keperluan setiap keluarga bagi menggalak mereka merancang pembelian barangan runcit dengan lebih mudah sambil membuat pilihan yang lebih berpatutan dan sihat.

Tetamu terhormat di acara itu, Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Dr Syed Harun Alhabsyi, menekankan pentingnya amalan hidup sihat dalam membuat pilihan harian yang menyokong kesejahteraan fizikal dan kewangan.

“Orang selalunya beranggapan bahawa menjadikan makanan tempatan lebih sihat sama ada akan menyebabkan ia tidak sedap atau menjadi lebih mahal.

“Harapnya melalui inisiatif hari ini, kita dapat belajar bahawa terdapat pilihan alternatif yang sihat tanpa perlu mengorbankan rasa dan keenakan makanan yang kita gemari.

“Hidup sihat itu mampu dimiliki, dan ia juga merupakan pelaburan untuk kehidupan kita pada masa hadapan. Kerana kekayaan hanya datang dengan kesihatan yang baik juga,” katanya.

Penerima bantuan turut digalak memanfaatkan program diskaun FPG yang ditawarkan.

Ini termasuk skim yang menawarkan diskaun 3 peratus kepada pemegang kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) jingga di semua kedai FairPrice setiap Jumaat.

Skim tersebut melengkapi diskaun sedia ada untuk Generasi Perintis, Generasi Merdeka, warga emas, serta pemegang kad Chas Biru.

Digabungkan dengan ganjaran Linkpoints dan tawaran nilai tetap, FPG berhasrat memberi lebih nilai serta sokongan nyata kepada keluarga untuk mendapatkan keperluan harian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg