Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

110,000 ruang solat tarawih tersedia di 69 masjid

Mar 1, 2024 | 5:00 PM
Sebanyak 110,000 ruang akan disediakan di 69 masjid sepanjang bulan Ramadan untuk jemaah yang ingin menunaikan solat tarawih.
Sebanyak 110,000 ruang akan disediakan di 69 masjid sepanjang bulan Ramadan untuk jemaah yang ingin menunaikan solat tarawih. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Sebanyak 110,000 ruang akan disediakan di 69 masjid sepanjang bulan Ramadan untuk jemaah yang ingin menunaikan solat tarawih.

Demikian diumumkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan pada 1 Mac.

Selain daripada masjid, beberapa ruang tambahan juga akan diadakan untuk memudahkan solat tarawih, terutamanya bagi warga tua dan jemaah yang mempunyai isu mobiliti.

Sehingga 31 masjid yang bergabung dengan kariah akan menawarkan kira-kira 12,000 ruang setiap malam sepanjang bulan Ramadan.

Ruang khusus untuk jemaah wanita juga akan terdapat di kebanyakan masjid dengan qiamullail (solat malam) yang juga akan diadakan sepanjang 10 hari terakhir Ramadan.

Beberapa masjid telah memulakan kursus ulang kaji semasa Ramadan melalui Pembelajaran Islam Dewasa atau Adil.

Masjid akan terus menyediakan kuliah singkat sepanjang Ramadan, serta sesi tazkirah (perbincangan) dan tadarus (bacaan Al-Quran) selepas solat tarawih.

Untuk pengalaman Ramadan yang lebih lengkap, masyarakat Islam boleh mengunjungi www.ourmasjid.sg/ramadan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesi dan lokasi tarawih, dan program dan khidmat berkaitan Ramadan yang lain (contohnya pengagihan bubur, ruang yang ditawarkan untuk berbuka puasa) yang ditawarkan oleh masjid-masjid.

Masyarakat juga boleh meningkatkan lagi semangat beramal dengan menderma kepada masjid-masjid melalui laman yang sama.

“Masjid-masjid kita berusaha untuk mengalu-alukan kunjungan oleh semua anggota masyarakat.

“Untuk memastikan keselamatan dan keselesaan para jemaah, masjid-masjid akan terus mengamalkan amalan-amalan terbaik termasuk hanya membenarkan solat di kawasan solat yang ditetapkan dan membenarkan aktiviti lain di kawasan yang ditetapkan,” kata Muis.

Muis juga menggalakkan jemaah yang memandu agar menaiki kereta secara berkongsi untuk ke destinasi mereka dan mengamalkan tanggungjawab sosial dengan tidak meletak kenderaan sembarangan.

“Masjid-masjid kita akan terus meneroka cara-cara untuk meningkatkan pengalaman Ramadan bagi jemaah kita.

“Kami memohon sokongan dan pengertian masyarakat Islam untuk terus amalkan tanggungjawab sosial, menunjukkan sikap baik hati dan sokongan kepada kakitangan dan relawan masjid,” tambah Muis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg