13 karyawan muda terajui kepimpinan penggal baru Kelab Mendaki

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

13 karyawan muda terajui kepimpinan penggal baru Kelab Mendaki

Yuli Ardini ambil alih sebagai Presiden MClub daripada Danial Hakim
Mar 12, 2026 | 12:59 PM

13 karyawan muda terajui kepimpinan penggal baru Kelab Mendaki

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
mclub, Mendaki, AGM, Yuli Ardini Affandi
Kelab Mendaki (MClub) kini mempunyai jawatankuasa eksekutif (Exco) baru yang terdiri daripada 13 anggota karyawan muda daripada pelbagai latar belakang menyusuli Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-26 kelab tersebut pada 7 Mac iaitu (dari kiri, barisan atas) Cik Siti Nurdzafirah Zainal, Cik Nurin Nazurah Saifudin, Cik Aleena Mansoor, Cik Farah Liyana Normal, Cik Yuli Ardini Affandi, Cik Azfarihin Aziz, Cik Siti Nurhazirah Othman, Encik Nur Hakim Nor Halim, dan Encik Mohamad Saddiq Mohamad Sa’id. Jawatankuasa itu turut terdiri daripada (dari kiri, barisan bawah) Encik Muhammad Faris Azzli, Encik Muhammad Zulkarnain Azman, Encik Mohamed Mikhail Kennerley dan Encik Zulhilmi Zainal. - Foto MCLUB

Kelab Mendaki (MClub) kini mempunyai jawatankuasa eksekutif (Exco) baru yang terdiri daripada 13 anggota karyawan muda daripada pelbagai latar belakang menyusuli Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-26 kelab tersebut pada 7 Mac.

Exco Ke-12 ini menampilkan Cik Yuli Ardini Affandi sebagai Presiden baru MClub, mengambil alih peranan daripada Encik Danial Hakim, sambil disokong oleh dua Naib Presiden baru – Cik Azfarihin Aziz dan Encik Nur Hakim Nor Halim.

Mengulas tentang fokus jawatankuasa baru itu, Cik Yuli berkata Exco Ke-12 itu akan memberi tumpuan kepada memastikan program MClub terus memberi kesan yang bermakna kepada masyarakat selain memastikan ia kekal bermatlamat dan bersedia bagi cabaran dan keperluan masa hadapan.

“Kami komited untuk memupuk sukarelawan hari ini menjadi pemimpin masyarakat Melayu/Islam masa hadapan melalui pembangunan kepimpinan dan peluang rangkaian,” kata Cik Yuli.

“Kami juga ingin memperkemas operasi kami dengan SOP (prosedur operasi standard) yang lebih jelas dan pengurusan pengetahuan yang lebih kukuh, serta menyampaikan program belia dengan objektif yang jelas dan hasil yang boleh diukur.”

Dalam kerja hariannya, Cik Yuli merupakan Rakan Kongsi Pembangunan Kanan di Enterprise Singapore (EnterpriseSG), dengan beliau menyokong perusahaan tempatan dalam produktiviti, pengantarabangsaan dan pembangunan tenaga kerja.

Sejak menyertai EnterpriseSG pada 2021, beliau telah menerajui beberapa inisiatif utama termasuk pelancaran Singapulah – konsep restoran bertema Singapura yang pertama di London – dan perdagangan antarabangsa di seluruh Eropah.

Seorang pemimpin aktif dalam MClub, Cik Yuli memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Psikologi) daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) dan sebelum ini telah berkhidmat sebagai anggota Exco MClub serta sebagai pengarah pengurusan sukarelawan kelab itu.

Kedua-dua naib presiden baru MClub pula akan terus menyokong usaha kelab itu untuk memperkukuh pembangunan belia dan pembinaan masyarakat melalui program yang bermakna, perkongsian dan platform yang mudah diakses untuk pertumbuhan.

Cik Azfarihin, yang bertugas di Kementerian Pendidikan (MOE) dalam peranan transformasi, analisis dan perancangan, pernah terlibat dalam pengarahan dan pelaksanaan program mGirl dan program Mentoring MARA kelolaan MClub.

Encik Nur Hakim, yang bekerja di persimpangan strategi perniagaan dan industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (Mice), pula pernah mengarah program Mentoring MARA, yang bertujuan meluaskan akses belia dan karyawan muda kepada bimbingan, pendedahan kerjaya dan bimbingan praktikal.

Mengulas tentang perubahan baru kepada kelab tersebut, Encik Danial Hakim yang telah tamat perkhidmatannya selaku Presiden MClub, berkata ia merupakan satu penghormatan untuk berkhidmat bersama pasukan berdedikasi yang komited untuk meningkatkan masyarakat.

“Sepanjang penggal lalu, kami telah memperkukuhkan asas MClub dan mempertajamkan fokus kami terhadap kesan.

“Saya yakin di bawah kepimpinan Yuli, Exco Ke-12 akan membina momentum ini dan membawa MClub ke tahap lebih tinggi,” kata Encik Danial.

Exco baru ini turut menampilkan Encik Muhammad Faris Azzli sebagai Setiausaha dan Encik Mohamad Saddiq Mohamad Sa’id sebagai Bendahari.

Jawatan Penolong Setiausaha dipegang oleh Cik Siti Nurdzafirah Zainal, manakala Encik Muhammad Zulkarnain Azman dilantik sebagai Penolong Bendahari.

Ahli jawatankuasa lain yang melengkapkan barisan kepimpinan ini termasuk Encik Mohamed Mikhail Kennerley, Encik Zulhilmi Zainal, Cik Aleena Mansoor, Cik Nurin Nazurah Saifudin, Cik Siti Nurhazirah Othman, dan Cik Farah Liyana Normal.

Sepanjang penggal Exco ke-11 sebelum ini, program MClub telah memberi manfaat kepada sekitar 9,000 penerima manfaat dan peserta belia – kira-kira 15 peratus lebih banyak berbanding tempoh tiga tahun sebelumnya, menurut MClub dalam satu kenyataan.

Bilangan sukarelawan juga telah diselaraskan kepada kira-kira 300 mentor, penganjur dan sukarelawan ad hoc setahun, daripada melebihi 400 setahun pada 2021 dan 2022 bagi memastikan kemampanan kumpulan sukarelawan tanpa menjejaskan skala dan mutu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg