Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

13 saranan diaju bagi perkukuh usaha bina masyarakat digital inklusif, selamat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

13 saranan diaju bagi perkukuh usaha bina masyarakat digital inklusif, selamat

Jan 10, 2024 | 08:21 PM



Mendidik golongan muda dan tua untuk celik digital, mencegah daripada penipuan dan menjauhi diri daripada bahaya dalam talian, serta menggalak kesedaran tentang kemahiran digital yang penting bagi membantu merapatkan jurang kemahiran digital merupakan antara cadangan yang dibangkitkan oleh Anggota Parlimen (AP) pada 10 Januari.

Semasa perbahasan usul yang difailkan oleh AP Cik Tin Pei Ling (Macpherson) dan empat AP lain di Parlimen, 13 saranan telah diketengahkan menyeru pemerintah memperkukuh kepercayaan dengan membina masyarakat digital yang inklusif dan selamat.

Antara yang berucap termasuk Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol), yang merupakan anggota Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Perhubungan dan Penerangan yang membangkitkan usul itu.

“Di samping memastikan ketersambungan dan akses kepada alat peranti digital diutamakan, kita juga harus memastikan sistem pendidikan kita menyediakan kemahiran digital yang penting seawal-awalnya di peringkat sekolah rendah dan menengah.

“Bolehkah kita mengenal pasti kemahiran digital penting seperti robotik asas, kecerdasan buatan (AI) gunaan, keselamatan siber dan kesejahteraan digital untuk disertakan ke dalam kurikulum teras di sekolah rendah dan menengah supaya semua pelajar kita mendapat akses dan didedahkan kepada kemahiran digital penting pada usia awal?” ujar Encik Sharael.

Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) berkongsi bahawa selain pelajaran teknologi maklumat (IT), kanak-kanak juga mesti memahami cabaran di alam maya, dapat membezakan fakta daripada fiksyen, dan membina hubungan digital yang sihat.

“Topik seperti privasi dalam talian, mengenal pasti maklumat yang salah dan memahami etika serta kesan psikologi media digital adalah sama pentingnya dengan subjek akademik tradisional.

“Kita mesti terus mengintegrasikan secara kreatif program celik digital ini ke dalam kurikulum teras sistem pendidikan kita di semua peringkat. Penyepaduan ini tidak seharusnya terhad kepada pelajaran IT sahaja, malah ke semua mata pelajaran juga,” kata Dr Wan Rizal.

Cadangan lain yang dibangkitkan semasa perbahasan termasuk meningkatkan perlindungan dan memastikan perkhidmatan media sosial bertanggungjawab terhadap penyebaran kandungan berbahaya dan iklan berniat jahat, termasuk kandungan yang dijana AI untuk melindungi pengguna.

Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) membangkitkan kebimbangannya mengenai bahaya dalam talian yang berkaitan dengan kandungan yang dijana AI seperti deepfake yang mungkin tidak dilindungi oleh undang-undang semasa.


“Singapura telah mengambil pendekatan pragmatik terhadap peraturan AI. Bagaimanapun, pemerintah harus terus menyemak tahap perlindungan dan peruntukan dalam Akta Keselamatan Dalam Talian untuk melindungi pengguna daripada kandungan yang dihasilkan AI.

“Saya ingin bertanya kepada Menteri jika beliau akan memperkenalkan sebarang langkah perlindungan berkaitan dengan AI dalam masa terdekat, khususnya, dalam isu deepfake,” kata Cik Mariam.


Beliau juga menyeru agar ada lebih banyak perlindungan untuk menyokong mangsa yang imejnya mungkin telah dieksploitasi dalam deepfake.


Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio) juga menyeru agar pemerintah mengenakan keperluan bagi perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pengedaran aplikasi untuk meningkatkan langkah jaminan umur untuk melindungi pengguna muda daripada kandungan berbahaya dengan lebih baik.

“Dalam sebuah masyarakat digital, tidak cukup untuk sekadar melarang belia kita daripada menggunakan alat peranti atau merampas alat-alat mereka.

“Kita juga mesti mewujudkan persekitaran yang selamat untuk belia mencari pengetahuan, dan untuk menerima sokongan yang dipercayai dan berkesan,” kata Cik Nadia.

Seramai 20 AP berucap semasa perbahasan usul itu di Parlimen dengan usul itu diluluskan sebulat suara daripada kesemua AP yang hadir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >