Seramai 13 penumpang, berusia antara 29 tahun dengan 51 tahun, serta seorang pemandu, 50 tahun, dibawa ke hospital dalam keadaan sedar selepas satu kemalangan melibatkan bas dan lori di Loyang Avenue pada 20 Julai.
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), tujuh mangsa dibawa ke Hospital Besar Changi, manakala tujuh lagi dibawa ke Hospital Besar Sengkang.
Pasukan SCDF dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut berhampiran persimpangan Loyang Way 4 dan Loyang Avenue pada kira-kira 6.40 pagi, tambah SCDF.
Satu video yang tular di Facebook selepas kemalangan itu pada 20 Julai menunjukkan kehadiran sebuah kereta bomba.
Pegawai SCDF kelihatan menjaga beberapa mangsa yang terbaring di atas tanah sambil beberapa orang memerhatikan kejadian, lapor The Straits Times.
Pegawai SCDF yang lain kelihatan berdiri di belakang satu lori, yang sebahagiannya ternaik di kawasan berumput.
Seorang pemandu bas lelaki berusia 43 tahun sedang membantu siasatan, kata polis.
Siasatan polis sedang dijalankan. Pada 2023, bilangan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecederaan meningkat kepada 6,944 daripada 6,779 pada tahun sebelumnya.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg