Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

14 ditahan kerana curi barangan di kedai

Jan 15, 2025 | 5:00 AM
Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), antara 14 individu yang didakwa mencuri, sebilangan besar dikenal pasti melalui rakaman CCTV yang diberikan peruncit.
Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), antara 14 individu yang didakwa mencuri, sebilangan besar dikenal pasti melalui rakaman CCTV yang diberikan peruncit. - Foto ST

Seramai 14 orang berusia antara 18 dengan 73 tahun akan didakwa di mahkamah dari 15 hingga 16 Januari kerana disyaki terlibat dalam kes berasingan mencuri barang di kedai. 

Seorang remaja berusia 18 tahun didakwa mencuri dua barangan makanan berharga $10 dari sebuah pasar raya di Serangoon North Avenue 5 pada 8 Oktober 2024.

Menerusi siasatan lanjut dan dengan bantuan imej daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), remaja itu didapati terlibat dalam sekurang-kurangnya 55 kes kecurian kedai di dua cawangan berbeza rangkaian pasar raya yang sama. 

Sementara itu, lelaki berusia 63 tahun didakwa mencuri payung berharga $35 dari sebuah kedai runcit di Jurong Gateway Road. 

Siasatan lanjut mendedahkan dia juga terlibat dalam dua kes curi di pusat beli-belah berhampiran.

Pasukan Polis Singapura (SPF), dalam satu kenyataan pada 14 Januari, menyatakan:

“Antara 8 Julai dan 8 Oktober 2024, dia (remaja berusia 18 tahun itu) didakwa mencuri 150 barang bernilai sekitar $240.”

Remaja itu akan didakwa dengan dua pertuduhan.

Pada 26 September, seorang lelaki berusia 63 tahun didakwa mencuri payung bernilai sekitar $35 dari sebuah kedai runcit di Jurong Gateway Road. 

Dia ditahan polis di tempat kejadian.

Menurut SPF, siasatan lanjut mendedahkan bahawa lelaki itu terlibat dalam dua lagi kes curi di pusat beli-belah berhampiran. 

Pada hari yang sama, dia didakwa mencuri dua produk penjagaan diri berjumlah $95 dari sebuah pasar raya di Jurong East Street 21.

Dia juga didakwa mencuri barang elektronik dan produk penjagaan diri berjumlah sekitar $47, dari kedai runcit di Gateway Drive. 

Dia akan didakwa atas tiga pertuduhan mencuri.

Antara 14 individu yang didakwa, sebilangan besar dikenal pasti melalui rakaman CCTV yang diberikan peruncit, tambah SPF.

Lampin pakai buang dan anting-anting berharga $1,150 adalah antara barangan yang dicuri dalam kes-kes tersebut. 

Nilai barangan dicuri dianggarkan antara $10 dengan $1,150.

Jika disabit kesalahan mencuri, pesalah boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina, para peruncit diingatkan supaya bersiap sedia menghadapi peningkatan aktiviti beli-belah dan sentiasa berwaspada terhadap pencuri, terutama ketika jumlah pengunjung yang ramai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg