Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

141 kenderaan dikesan ubah suai secara haram dalam 2 bulan

Jul 2, 2025 | 4:58 PM
LTA, ubah suai kenderaan, haram
Kenderaan yang didapati diubah suai secara haram seperti tingkap yang terlalu gelap dan lampu hiasan ditahan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semasa operasi penguatkuasaan di seluruh Singapura. - Foto TANGKAP LAYAR INSTAGRAM LTA

Dalam tempoh dua bulan lepas, 141 kenderaan ditemui telah diubah suai secara haram, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 2 Julai.

Kenderaan-kenderaan tersebut termasuk yang mempunyai sistem ekzos diubah suai, tingkap yang terlalu gelap, nombor plat yang tidak sah dan lampu hiasan yang tidak dibenarkan, lapor The Straits Times (ST).

Kenderaan-kenderaan ini ditahan semasa operasi penguatkuasaan di seluruh Singapura, kata LTA dalam satu hantaran di Instagram.

Menurut laman web OneMotoring, pemandu tidak dibenarkan untuk membuang penukar bermangkin atau catalytic converter, dan peredam bunyi atau muffler dari sistem ekzos kenderaan mereka.

Lampu hiasan, seperti lampu berkelip dan lampu neon di bawah kenderaan serta di dalam kenderaan, juga tidak dibenarkan.

Sekiranya pemandu ingin memasang filem gelap pada cermin depan atau tingkap kenderaan, filem tersebut mestilah tidak reflektif.

Sekurang-kurangnya 70 peratus cahaya mesti dapat menembusi cermin depan dan tingkap sisi dan sekurang-kurangnya 25 peratus cahaya mesti dapat menembusi tingkap belakang.

LTA sebelum ini menyatakan bahawa mereka mengeluarkan sekitar 4,000 saman untuk kesalahan pengubahsuaian haram yang biasa pada 2024 dan sekitar 5,000 saman pada 2023.

Sebanyak 23 bengkel yang menyediakan perkhidmatan pengubahsuaian haram telah didakwa di mahkamah dari 2021 hingga 2024, tambah LTA.

Individu dan bengkel yang mengubah suai atau menggunakan kenderaan seperti itu secara haram boleh dipenjara sehingga tiga bulan, dikenakan denda sehingga $5,000, atau kedua-duanya.

Hukuman akan digandakan bagi pesalah berulang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg