Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

144 cawangan FairPrice dibuka pada hari pertama Tahun Baru Cina

Jan 24, 2024 | 7:22 PM
BUKA SEPANJANG HARI: Sejumlah 42 cawangan pasar raya FairPrice akan beroperasi sepanjang hari pada 10 Februari ini, bersamaan hari pertama Tahun Baru Cina.
BUKA SEPANJANG HARI: Sejumlah 42 cawangan pasar raya FairPrice akan beroperasi sepanjang hari pada 10 Februari ini, bersamaan hari pertama Tahun Baru Cina. - Foto ST

Orang ramai tidak perlu bimbang sekiranya mereka perlu mendapatkan barangan keperluan harian semasa Tahun Baru Cina kerana sebanyak 144 daripada 159 cawangan pasar raya FairPrice di serata Singapura akan dibuka pada hari pertama sambutan perayaan itu, pada 10 Februari ini.

Daripada jumlah tersebut, 42 cawangan akan beroperasi sepanjang hari – berbanding 34 cawangan pada 2023.

Langkah ini menurut pasar raya FairPrice, bertujuan “menyediakan pelanggan akses mudah kepada barangan runcit, mengurangkan keperluan untuk dapatkan bekalan pada saat akhir dan kebimbangan mengenai akses terhad kepada bekalan perayaan”.

Menjelang Tahun Baru Cina pada 9 Februari, 35 cawangan akan dibuka sepanjang masa dan semua cawangan lain sehingga 5 petang.

Sementara itu pada 8 Februari, 69 cawangan akan dibuka selama 24 jam.

Waktu operasi untuk lebih 30 cawangan akan dilanjutkan secara berperingkat, bermula pada 26 Januari. 

Sebagai contoh, cawangan di Tampines Mall dan Downtown East akan ditutup pada tengah malam dan bukan 11 malam dari 26 Januari hingga 8 Februari.

Waktu operasi biasa akan disambung semula pada hari kedua Tahun Baru Cina pada 11 Februari.

Slot penghantaran barangan yang dipesan dalam talian akan disediakan hanya dari 8 pagi hingga 6 petang pada 9 Februari.

Walau waktu penghantaran biasa dari 8 pagi hingga 10 malam disambung semula pada hari pertama Tahun Baru Cina, namun terdapat slot terhad dan pelanggan dinasihatkan membuat pesanan mereka bagi tarikh penghantaran pada 10 Februari dan 11 Februari lebih awal.

Butiran lanjut mengenai waktu pembukaan setiap cawangan boleh didapatkan menerusi laman FairPrice.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg