Penduduk Singapura boleh terus membeli barangan perayaan dan keperluan penting pada hari pertama Tahun Baru Cina (29 Januari) di 151 cawangan FairPrice, yang akan terus dibuka untuk perniagaan.
Daripada jumlah ini, 42 cawangan akan dibuka 24 jam dan 105 akan ditutup pada 5 petang, kata pengusaha pasar raya itu pada 14 Januari.
Baki empat cawangan – di Clarke Quay, Jewel di Lapangan Terbang Changi, Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dan Balmoral Plaza – akan mengikut waktu operasi biasa, lapor The Straits Times.
FairPrice Group (FPG) menguruskan 164 cawangan perniagaan di seluruh pulau.
FPG berkata pelanjutan waktu operasi adalah sebahagian daripada langkahnya untuk “menjadikan setiap hari lebih baik sedikit dengan memastikan keperluan harian dapat dicapai oleh semua di Singapura, terutama apabila keluarga-keluarga di seluruh pulau giat membuat persiapan untuk Tahun Baru Cina”.
FPG juga akan melanjutkan waktu operasinya pada hari-hari menjelang perayaan itu.
Pada 27 Januari, enam cawangan FairPrice Xtra akan melanjutkan waktu operasi hingga 2 pagi, manakala 68 cawangan FairPrice lain akan dibuka 24 jam.
Pada 28 Januari – sehari sebelum Tahun Baru Cina – 35 cawangan akan dibuka selama 24 jam, manakala 128 akan dibuka sehingga 5 petang. Cawangan FPG di Blok 212 Bedok North akan ditutup pada 11 malam.
Kesemua 164 cawangan FairPrice akan menyambung waktu operasi biasa pada hari kedua Tahun Baru Cina pada 30 Januari.
Butiran lanjut mengenai waktu pembukaan setiap cawangan boleh didapati di laman FairPrice di https://www.fairprice.com.sg/events/in-store/cny-hours/.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg