Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

1.5j lalui pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas hujung minggu Hari Vesak

Jun 8, 2023 | 7:00 PM
PECAH REKOD: Hampir 1.5 juta orang melepasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada hujung minggu Hari Vesak. Jumlah itu adalah rekod tertinggi bagi hujung minggu panjang sejak sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia dibuka semula pada April 2022.
PECAH REKOD: Hampir 1.5 juta orang melepasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada hujung minggu Hari Vesak. Jumlah itu adalah rekod tertinggi bagi hujung minggu panjang sejak sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia dibuka semula pada April 2022. - Foto SPH

HAMPIR 1.5 juta orang melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada hujung minggu panjang Hari Vesak dari 1 hingga 4 Jun, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Khamis.

Jumlah itu adalah rekod tertinggi bagi hujung minggu panjang sejak sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia dibuka semula pada April 2022.

Tanggal 1 Jun juga menyaksikan jumlah pelepasan harian tertinggi sejak sempadan dua negara ini dibuka semula, dengan lebih 250,000 orang meninggalkan Singapura ke Malaysia melalui kedua-dua pusat pemeriksaan darat itu.

Lonjakan jumlah mereka yang melakukan perjalanan itu berlaku ketika hujung minggu panjang Hari Vesak bertepatan dengan cuti sekolah Jun, kata ICA pada 2 Jun.

Penguasa itu berkata ia mengambil beberapa langkah untuk membantu menangani kesesakan dan memudahkan pergerakan orang.

Ini termasuk bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan penyedia perkhidmatan bas rentas sempadan untuk menjadualkan lebih banyak bas.

ICA turut mengerahkan lebih ramai pegawai untuk mengawal orang ramai di ruang legar bas dan mengemas kini keadaan trafik dengan kerap di wadah media sosial seperti laman Facebooknya dan melalui siaran radio setempat.

Masa menunggu bakal lebih lama kerana ICA menjangka trafik kekal “amat sesak” di kedua-dua pusat pemeriksaan darat sepanjang cuti sekolah Jun, yang berakhir pada 25 Jun.

Kesesakan trafik dilaporkan di pusat pemeriksaan darat Singapura-Malaysia sejak sekatan perjalanan yang dikenakan semasa pandemik Covid-19 ditarik balik.

Semasa hujung minggu panjang Good Friday pada April, hampir 1.4 juta orang melintasi pusat pemeriksaan darat, dengan purata kira-kira 350,000 orang meninggalkan dan memasuki Singapura setiap hari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg