Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

17 negara termasuk Tentera Laut S’pura jalani latihan selamat kru kapal selam

Latihan Pacific Reach 2025 libatkan 600 anggota tentera laut
Sep 22, 2025 | 6:41 PM
latihan, kapal selam
Semasa latihan, sekitar 10 anggota terapung selama lebih kurang tujuh minit sebelum diselamatkan oleh bot penyelamat. - Foto ST

Apabila sebuah kapal selam mengalami kerosakan di bawah air, kebakaran, banjir atau tekanan meningkat boleh menjadikan keadaan terlalu bahaya dan memaksa kru kapal selam berpindah keluar.

Dalam senario buruk seperti itu, setiap minit sangat berharga. Pasukan penyelamat mesti mencari kru yang keluar dari kapal selam dan menyelamatkan mereka sebelum sebarang komplikasi perubatan berlaku.

Senario itu diuji semasa latihan pemindahan dalam air besar-besaran pertama di Singapura, acara utama Latihan Pacific Reach 2025 - latihan menyelamat kapal selam terbesar di negara ini, lapor The Straits Times (ST).

“Fokus utama dalam situasi kapal selam dalam bahaya ialah kesejahteraan kru di dalam,” kata timbalan pengarah latihan, Kolonel Fong Chi Onn.

Menurutnya, persekitaran dalam kapal selam boleh menjadi mencabar apabila ia merosot disebabkan pelepasan gas beracun dan bahaya lain.

Diadakan dari 15 hingga 29 September, Latihan Pacific Reach menghimpunkan sekitar 600 anggota tentera laut daripada 17 negara termasuk Australia, China, India, Malaysia, Turkey, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam. 

Tujuan latihan adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan menyelamat kapal selam global, memperkukuh keupayaan bersama, dan membina kepercayaan di kalangan tentera laut yang mengendalikan kapal selam. 

Edisi 2025 itu adalah latihan menyelamat kapal selam terbesar yang pernah disertai Singapura. Ini kali ketiga Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) menganjurkan latihan tersebut selepas 2000 dan 2010.

Tujuh aset tentera laut utama terlibat pada 2025: tiga kapal selam -RSS Invincible (Singapura), JS Kuroshio (Jepun) dan ROKS Shin Dol-seok (Korea Selatan) - dan empat kapal penyelamat, iaitu MV Swift Rescue (Singapura), INS Nistar (India), JS Chiyoda (Jepun) dan MV Mega Bakti (Malaysia). 

Latihan pemindahan besar-besaran itu simulasikan usaha menyelamat dan rawatan perubatan ke atas kru kapal selam dalam bahaya, bermula dari saat kru muncul di permukaan laut. Kru, yang memakai sut MK11 jingga dengan alat apungan, terapung di laut sementara menunggu diselamatkan.

MV Swift Rescue milik Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) terlibat dalam Latihan Pacific Reach 2025 di Pangkalan Tentera Laut Changi pada 18 September.
MV Swift Rescue milik Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) terlibat dalam Latihan Pacific Reach 2025 di Pangkalan Tentera Laut Changi pada 18 September. - Foto ST

Dalam latihan tersebut, sekitar 10 orang dikerah ke laut untuk simulasi keadaan setelah melepaskan diri daripada kapal selam. Mereka terapung sekitar tujuh minit sebelum diselamatkan oleh sebuah bot penyelamat laju dan dibawa ke kapal penyelamat kapal selam, MV Swift Rescue

Di atas kapal, kru dipindah ke dek untuk pemeriksaan, di mana pasukan perubatan menilai kecederaan seperti luka dan kelecuran. 

Bergantung kepada keadaan, mereka dipindahkan ke bilik rawatan, kompleks ruang unit kebergantungan tinggi.

Kru kapal selam yang diselamatkan menjalani penilaian perubatan semasa Latihan Pacific Reach 2025 di Pangkalan Tentera Laut Changi pada 18 September.
Kru kapal selam yang diselamatkan menjalani penilaian perubatan semasa Latihan Pacific Reach 2025 di Pangkalan Tentera Laut Changi pada 18 September. - Foto ST

Simulasi menyeluruh itu adalah sebahagian daripada Latihan Pacific Reach 2025.

Perancang latihan perubatan, Major Dr Ng Peng, berkata latihan itu membolehkan petugas perubatan melatih keseluruhan proses dari awal hingga akhir, bukan hanya bahagian tertentu. 

Beliau menambah bahawa latihan itu juga meningkatkan proses mereka sendiri dan kefahaman bersama dengan rakan antarabangsa.

Ini di samping simposium perubatan dan persidangan sistem menyelamat kapal selam kebangsaan, di mana kru dari serata dunia berkumpul membincangkan amalan terbaik dan berkongsi penyelidikan. 

“Masyarakat perubatan kapal selam sangat kecil, jadi latihan seperti ini memberi peluang serta wadah untuk pertukaran idea secara langsung, perkembangan baru dalam bidang ini, dan pemahaman lebih mendalam tentang keupayaan perubatan satu sama lain,” kata Major Dr Ng. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg