Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

177 orang ditemui miliki ‘vape’ dalam operasi di Lapangan Terbang Changi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

177 orang ditemui miliki ‘vape’ dalam operasi di Lapangan Terbang Changi

Jan 04, 2024 | 09:58 PM



177 individu didapati memiliki rokok elektronik atau e-vaporiser dalam operasi antara agensi yang dijalankan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Lapangan Terbang Changi selama empat hari.


Menurut kenyataan bersama dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH), HSA dan ICA pada 4 Januari, 61 daripada 177 individu tersebut telah didenda kerana memiliki rokok elektronik. 116 penumpang lain mengisytiharkan bahawa mereka memiliki rokok elektronik dan membuang barang tersebut, sekali gus mengelak daripada dikenakan denda.

Operasi itu, yang berlangsung pada 20, 23, 27 dan 30 Disember 2023, ialah sebahagian daripada usaha pelbagai agensi untuk meningkatkan penguatkuasaan dalam masyarakat untuk membendung pemilikan dan penggunaan rokok elektronik.

DI samping itu, operasi tersebut dijalankan untuk mengesan dan menghalang sebarang percubaan untuk membawa masuk rokok elektronik melalui lapangan terbang semasa musim perjalanan yang sibuk.

Semasa operasi itu, pegawai HSA dan ICA memantau penumpang yang tiba di empat terminal Lapangan Terbang Changi. Sepanduk dan skrin digital yang menyatakan rokok elektronik dilarang di Singapura dipamerkan di kawasan lapangan terbang yang mempunyai kadar trafik yang tinggi.

Penumpang juga diingatkan supaya melalui Saluran Merah dan mengisytiharkan kepada pegawai ICA jika mereka memiliki rokok elektronik selepas mengambil bagasi mereka setelah ketibaan.

“Penumpang yang tiba di Singapura yang bagasinya menunjukkan anomali semasa diimbas akan menjalani pemeriksaan lebih lanjut. Sebarang rokok elektronik yang ditemui telah dirampas dan denda dikenakan serta-merta kepada penumpang yang gagal mengisytiharkannya,” kata kenyataan itu.

Selain operasi bersama yang diadakan di lapangan terbang, satu tindakan penguatkuasaan baru-baru ini pada 21 Disember 2023 menyaksikan pegawai ICA di Pusat Pemeriksaan Tuas menyelongkar 25 rokok elektronik dan komponen berkaitan, tambah kenyataan itu.

Barangan tersebut tersembunyi di bawah tempat duduk pemandu dan penumpang kereta berdaftar Singapura. Pesalah dan rokok elektronik yang dirampas telah dirujuk kepada HSA.

Kenyataan itu menambah dalam beberapa bulan akan datang, HSA dan ICA akan menjalankan operasi antara agensi di pusat pemeriksaan darat dan laut. Ini termasuk menjalankan pemeriksaan keselamatan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi mengesan dan menghalang percubaan penyeludupan untuk memastikan Singapura selamat.

Secara keseluruhan, 1,656 kes berkaitan rokok elektronik telah dikesan pada Disember 2023.

Di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan), rokok elektronik diharamkan di Singapura dan mereka yang ditangkap memiliki, menggunakan atau membelinya boleh didenda sehingga $2,000.

Ia juga satu kesalahan untuk mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan penjualan rokok elektronik dan komponennya. Sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan boleh didenda sehingga $10,000, atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. Kesalahan kedua atau seterusnya boleh didenda sehingga $20,000, atau penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >