Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

189 suspek disiasat bagi 1,000 kes tipu

Dec 27, 2024 | 3:08 PM
Suspek – 138 laki-laki dan 51 wanita berusia antara 16 dan 66 tahun – disyaki menipu atau menjadi keldai wang dalam 1,000 kes penipuan melibatkan mangsa kerugian lebih $6.65 juta.
Suspek – 138 laki-laki dan 51 wanita berusia antara 16 dan 66 tahun – disyaki menipu atau menjadi keldai wang dalam 1,000 kes penipuan melibatkan mangsa kerugian lebih $6.65 juta. - Foto fail

Seramai 189 individu sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam 1,000 kes penipuan, dengan mangsa kerugian lebih $6.65 juta.

Sebagian besar kes penipuan itu melibatkan pelaburan, e-dagang, pekerjaan, penyamaran sebagai rakan dan penyamaran sebagai penjawat awam.

Suspek – 138 lelaki dan 51 wanita berusia antara 16 dengan 66 tahun – disyaki menipu atau menjadi keldai wang.

Mereka sedang disiasat atas dakwaan jenayah menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.

Tindakan itu susulan operasi yang dijalankan antara 13 dan 26 Disember oleh pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) dan kesemua tujuh divisyen polis darat.

Mereka yang didapati bersalah menipu boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.

Sementara itu, mereka yang disabitkan dengan kesalahan pengubahan wang haram boleh dipenjara hingga 10 tahun, didenda hingga $500,000, atau dikenakan kedua-dua hukuman.

Individu yang menyediakan khidmat pembayaran tanpa lesen boleh didenda hingga $125,000, penjara hingga tiga tahun, atau kedua-dua hukuman.

Polis berkata mereka memandang serius terhadap sesiapa sahaja yang mungkin terlibat dalam penipuan, dan pelakunya akan ditangani mengikut undang-undang.

Orang ramai digalak sentiasa menolak permintaan orang lain yang hendak menggunakan akaun bank atau talian mudah alih mereka.

Mereka akan dipertanggungjawabkan jika transaksi yang dilakukan dikaitkan dengan jenayah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg