Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2.4j warga S’pura akan terima antara $200 dan $400 pada Sep

Bayaran itu adalah sebahagian Pakej Jaminan bagi bantu rakyat Singapura imbangi kos sara hidup yang tinggi
Aug 13, 2024 | 2:25 PM
Lebih 2.4 juta rakyat dewasa Singapura yang layak akan menerima bayaran khas sekali sahaja antara $200 dan $400 pada September.
Lebih 2.4 juta rakyat dewasa Singapura yang layak akan menerima bayaran khas sekali sahaja antara $200 dan $400 pada September. - Foto fail

Lebih 2.4 juta rakyat dewasa Singapura yang layak akan menerima bayaran khas sekali sahaja antara $200 dan $400 pada September bagi membantu kos sara hidup yang semakin meningkat, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 13 Ogos.

Bayaran khas itu akan diberi kepada warga Singapura berumur 21 tahun dan ke atas pada 2024, dan bagi mereka yang mempunyai pendapatan taksiran sehingga $100,000.

Mereka yang memiliki lebih daripada satu hartanah tidak layak menerima bayaran tersebut.

Rakyat Singapura boleh menyemak kelayakan mereka untuk bayaran khas tersebut menerusi laman web govbenefits.gov.sg dengan log masuk menggunakan Singpass mereka.

Penerima yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi Singpass pada September, selepas bayaran dikreditkan.

Untuk melindungi diri daripada penipuan, MOF berkata sebarang pemberitahuan SMS yang dihantar oleh gov.sg akan memaklumkan rakyat tentang faedah mereka, dan tiada mesej tentang bayaran akan dihantar melalui WhatsApp atau platform pesanan mudah alih yang lain.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, sebelum ini telah mengumumkan Bayaran Khas Kos Sara Hidup semasa ucapan Belanjawan 2024 pada Februari.

Warga Singapura dewasa yang layak menerima antara $300 dan $500 pada 2022, dan antara $200 dan $400 pada 2023.

Bayaran itu adalah sebahagian daripada Pakej Jaminan, bagi mengurangkan kesan inflasi yang lebih tinggi dan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan untuk semua rakyat Singapura.

Ia termasuk baucar CDC untuk semua isi rumah Singapura, rebat U-Save, dan rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) untuk isi rumah HDB bagi membantu mengimbangi bil utiliti dan S&CC.

Sebagai contoh, setiap isi rumah Singapura menerima sejumlah $800 baucar CDC setakat ini pada 2024, dengan $500 pada Januari dan $300 pada Jun.

Rakyat digalakkan supaya mendaftar untuk khidmat PayNow dengan bank mereka selewat-lewatnya pada 26 Ogos jika mereka mempunyai akaun dengan dua belas buah bank yang mengambil bahagian bagi skim tersebut di Singapura.

Ini, menurut MOF, bagi membolehkan mereka menerima bayaran lebih awal, mulai 5 September.

Bank yang mengambil bahagian ialah Bank of China, CIMB, Citibank, DBS Bank/POSB, HSBC, ICBC, Maybank, OCBC Bank, RHB Bank, Standard Chartered Bank, Trust Bank dan UOB Bank.

Mereka yang tidak mempunyai akaun bank yang terpaut dengan PayNow-NRIC, tetapi yang mempunyai akaun bank DBS/POSB, OCBC atau UOB boleh memberi maklumat akaun bank mereka di lam web govbenefits selewat-lewatnya pada 27 Ogos.

Bagi kumpulan ini, mereka akan menerima bayaran khas mereka melalui Giro mulai 13 September.

Warganegara yang layak, yang tidak memautkan NRIC mereka kepada PayNow atau memberikan akaun bank yang sah, akan menerima bayaran khas mereka melalui GovCash.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg