Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan berucap di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) 2024 pada 18 Ogos ini, yang berlangsung di ibu pejabat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Ang Mo Kio.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 12 Ogos, PM Wong akan memulakan ucapan dalam bahasa Melayu (pada 6.45 petang), diikuti dengan bahasa Mandarin dan seterusnya bahasa Inggeris pada 8 malam.
Ucapan Rapat Hari Kebangsaan akan disiarkan di saluran televisyen dan juga stesen-stesen radio tempatan. Ia juga dapat ditonton secara langsung melalui siaran dalam talian di pautan-pautan berikut:
* YouTube Encik Wong (https://www.youtube.com/@lawrence_wong)
* Facebook Encik Wong (https://www.facebook.com/LawrenceWongST)
* PMO Youtube (www.youtube.com/pmosingapore)
* Saluran – Mewatch.sg, cna.asia, CNA YouTube dan 8world.com
Kemas kini secara langsung juga akan dimuat naik ke Saluran WhatsApp Encik Wong https://whatsapp.com/channel/0029Vaeqr4f9Gv7dMuyENT0w) dan saluran Telegramnya (https://t.me/pm_lawrencewong).
Siaran dalam bahasa Melayu akan disiarkan di Suria dan Warna 94.2FM mulai 6.45 petang dan 8 malam.
Ucapan Rapat Hari Kebangsaan akan disiarkan dalam bahasa Inggeris di Saluran 5 (dengan sarikata dan penggunaan isyarat tangan) dan di CNA938 dari 6.45 petang dan 8 malam.
CNA akan menyiarkan NDR dalam bahasa Melayu dan Mandarin dengan sarikata dalam bahasa Inggeris mulai 6.45 petang, dan ucapan bahasa Inggeris dengan sarikata mulai 8 malam.
Siaran dalam bahasa Mandarin akan disiarkan di Saluran 8, Saluran U dan Capital 95.8FM dari 6.45 petang dan 8 malam.
Ucapan dalam bahasa Tamil pula akan disiarkan di Vasantham dan Oli 96.8FM dari 6.45 petang dan 8 malam.
Bagi mereka yang tidak dapat menyaksikan ucapan secara langsung, mereka boleh menontonnya di www.youtube.com/pmosingapore atau www.pmo.gov.sg mulai 19 Ogos 2024.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg