Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2.7j rakyat S’pura layak mengundi; daftar pengundi dibuka mulai 23 Jul

Jul 22, 2024 | 3:49 PM
Daftar Pengundi yang disemak telah diperakui pada 21 Julai dan akan tersedia untuk pemeriksaan awam mulai 23 Julai, kata ELD.
Daftar Pengundi yang disemak telah diperakui pada 21 Julai dan akan tersedia untuk pemeriksaan awam mulai 23 Julai, kata ELD. - Foto ST

Daftar pengundi Singapura yang telah disemak, sudah diperakui dan sedia untuk pemeriksaan awam, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD) dalam kenyataan pada 22 Julai.

Terdapat sejumlah 2,715,187 pengundi dalam daftar yang telah dikemas kini, meningkat 5,732 daripada 2,709,455 pengundi dalam senarai yang kali terakhir disemak pada Julai 2023, sebelum Pilihan Raya Presiden 2023.

Terdapat 2,653,942 pengundi yang layak pada pilihan raya umum lalu 2020, lapor The Straits Times.

Daftar Pengundi yang disemak telah diperakui pada 21 Julai dan akan tersedia untuk pemeriksaan awam mulai 23 Julai, kata ELD.

Rakyat Singapura boleh menyemak butiran mereka dalam daftar-daftar itu secara elektronik melalui Voter Services (Perkhidmatan Pengundi) di laman web ELD, atau dengan aplikasi mudah alih Singpass, tambahnya.

Mereka yang tidak dapat berbuat demikian boleh menyemak butiran mereka secara peribadi di balai rakyat dan kelab masyarakat, Pusat ServiceSG atau di pejabat ELD dengan membuat janji temu.

Pensijilan daftar adalah pelaksanaan rutin yang mesti dilakukan selepas daftar disemak antara pilihan raya dan bertujuan mengemas kini daftar pemilih.

Daftar tersebut mengandungi nama semua warga Singapura yang layak menjadi pengundi pada 1 Jun.

Ini termasuk mereka yang berumur 21 tahun sejak 1 Jun 2023, tarikh akhir apabila daftar terakhir disemak, dan imigran yang menjadi warganegara sejak 1 Jun 2023.

Pelaksanaan itu dibuat menjelang pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan paling lewat November 2025.

Senarai mereka yang layak mengundi kali terakhir dikemas kini pada 1 Jun 2023 dan dibuka untuk pemeriksaan awam dua minggu kemudian, dari 15 Jun hingga 28 Jun.

Inidividu yang nama mereka telah dikeluarkan daripada daftar kerana gagal mengundi pilihan raya lalu masih boleh memohon supaya nama mereka dimasukkan semula melalui Voter Services di laman sesawang ELD, kata jabatan itu.

Rakyat Singapura yang tinggal di luar negara yang nama mereka disenaraikan dalam Daftar Pengundi boleh mendaftar sebagai pengundi luar negara untuk mengundi melalui pos atau secara peribadi di salah satu dari 10 pusat mengundi di luar negara, tambah ELD.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg