Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 bersalah atas kesalahan keselamatan di tempat kerja

Jan 8, 2024 | 4:49 PM
KADAR KEMATIAN MENINGKAT: Terdapat 30 kematian di tempat kerja pada 2020 dan 46 pada 2022.
KADAR KEMATIAN MENINGKAT: Terdapat 30 kematian di tempat kerja pada 2020 dan 46 pada 2022. - Foto fail

Dua lelaki didapati bersalah pada Disember 2023 atas kesalahan keselamatan di tempat kerja yang mengakibatkan kematian dalam dua kejadian berasingan, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 8 Januari.

Ding Dezhu dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada 12 Disember, manakala Cheok Kok Chau dijatuhi hukuman penjara lima bulan pada 22 Disember.

Ding ialah penyelia tapak untuk syarikat Siong Construction and Engineering, dan mengarahkan 11 pekerja untuk mengalihkan bilik stor sementara secara manual pada 3 Ogos 2020.

Pekerja dihalang oleh dua panel papan lapis semasa bekerja, dan seorang terjatuh dari ketinggian kira-kira enam meter semasa mengalihkan salah satu panel.

Pekerja itu dibawa ke Hospital Tan Tock Seng dan meninggal dunia akibat kecederaannya pada hari yang sama.

MOM berkata, Ding telah mengarah pekerja untuk menjalankan kerja di lokasi tanpa memastikan pembukaan lantai yang tersembunyi di situ tidak mendatangkan bahaya walaupun dia menyedari pembukaan itu.

Sebelum ini, tiga orang lagi didenda akibat kemalangan yang sama di tempat kerja.

Secara berasingan, Cheok ialah pengarah bagi perniagaan sewa jengkaut, Synergy-Biz yang turut mengangkut mesin ke dan dari premis pelanggannya.

Pada 25 Ogos 2022, Tan Tiong Chee ditugaskan mengangkut forklift keluar dari tapak kerja menggunakan lori, walaupun dia tidak dilatih untuk mengendalikan forklift.

Selepas mengundurkan forklift ke atas lori, dia pergi ke hadapan untuk memastikan ia selamat, tetapi forklift itu menggelincir ke hadapan dan melanggarnya.

Dia dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat, dan meninggal dunia akibat kecederaan pada hari yang sama.

Siasatan MOM menunjukkan Synergy-Biz gagal memastikan penilaian risiko dijalankan untuk memuat dan memunggah mesin ke atas lori, atau terdapat prosedur kerja selamat untuk mengurangkan risiko tindakan ini.

Kementerian menambah bahawa syarikat itu gagal memastikan pekerja dilatih dengan betul dalam menjalankan kerja yang diperlukan.

“Kedua-dua kes itu jelas mencerminkan kekurangan keselamatan di tempat kerja dan pemilikan kesihatan, mengakibatkan kematian tragis pekerja. Setiap orang mesti memainkan peranan mereka dalam memastikan tempat kerja kita selamat, untuk pekerja dan perniagaan berkembang maju,” kata MOM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg