Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki sebabkan kemalangan di ECP dikenakan tuduhan tambahan

Jan 15, 2024 | 5:15 PM
REMUK: Motosikal yang ditunggang  Encik Muhammad Nurhilmi rosak teruk akibat merempuh bahagian belakang lori yang terpaksa berhenti gara-gara perbuatan Eldaniz Ibishov, yang didakwa melompat keluar dari kenderaan yang dinaikinya. Encik Nurhilmi meninggal dunia di hospital kemudian.
REMUK: Motosikal yang ditunggang  Encik Muhammad Nurhilmi rosak teruk akibat merempuh bahagian belakang lori yang terpaksa berhenti gara-gara perbuatan Eldaniz Ibishov, yang didakwa melompat keluar dari kenderaan yang dinaikinya. Encik Nurhilmi meninggal dunia di hospital kemudian. - Foto oleh LYNN LONG-YAM

Lelaki Russia yang dituduh menyebabkan kemalangan di sepanjang East Coast Parkway (ECP) pada 8 November 2023, menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, dikenakan tuduhan tambahan pada 15 Januari.

Eldaniz Ibishov, 38 tahun, kini dikatakan kekal berada di eksprewe pada hari itu – satu kesalahan di bawah peraturan lalu lintas jalan raya.

Menurut The Straits Times, dia didakwa melompat keluar dari kenderaan yang sedang bergerak sekitar jam 11 pagi pada 8 November 2023, mengakibatkan sebuah lori berhampiran terpaksa berhenti.

Ini menyebabkan motosikal penunggang penghantaran bebas, Encik Muhammad Nurhilmi Atan, 27 tahun, merempuh bahagian belakang lori itu.

Encik Nurhilmi, yang mengalami pelbagai kecederaan, tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.
Beliau meninggal dunia kemudian pada hari yang sama.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan mengapa Ibishov didakwa melompat keluar dari kenderaan itu semasa ia dalam perjalanan di sepanjang ECP menuju ke bandar.

Persidangan praperbicaraannya akan berlangsung pada 16 Januari.

Pesalah yang disabitkan kesalahan menyebabkan kecederaan teruk kepada orang lain dengan melakukan perbuatan terburu-buru boleh dikenakan hukuman penjara sehingga empat tahun dan denda sehingga $10,000.

Atas kesalahan melanggar undang-undang di bawah peraturan lalu lintas, pesalah kali pertama boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga $1,000.

Pesalah berulang boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga $2,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg