Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 dibawa ke hospital selepas kebakaran di flat Punggol

Jan 15, 2025 | 7:08 PM
Kebakaran di sebuah flat HDB di 229A Sumang Lane “melibatkan dapur memasak yang terlalu panas” dan telah dipadamkan dengan pancutan air.
Kebakaran di sebuah flat HDB di 229A Sumang Lane “melibatkan dapur memasak yang terlalu panas” dan telah dipadamkan dengan pancutan air. - Foto SHIN MIN DAILY NEWS

Dua orang dibawa ke hospital selepas kebakaran berlaku di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Punggol pada malam 14 Januari.

Kira-kira 60 orang lain turut diarah keluar dari flat-flat berdekatan.

Kebakaran di 229A Sumang Lane itu “melibatkan dapur memasak yang terlalu panas” dan dapat dipadamkan dengan pancutan air, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Menurut SCDF, ia dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 11.05 malam, lapor The Straits Times.

Terdapat 970 kebakaran di bangunan kediaman pada 2023 – peningkatan 3.7 peratus daripada 935 kebakaran pada 2022, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh SCDF pada Februari 2024.

Sebahagian besar kebakaran di bangunan kediaman berpunca daripada dapur yang tidak diawasi ketika memasak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg