Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 dikejar ke hospital dalam nahas 7 kenderaan di PIE

May 18, 2025 | 4:35 PM
PIE, accident
Empat kereta, satu teksi dan dua motosikal terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada 17 Mei pagi. - Foto SGRV

Dua penunggang motosikal dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan berantai yang melibatkan tujuh kenderaan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada 17 Mei.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan di PIE menghala ke Changi selepas jalan susur keluar Upper Bukit Timah Road kira-kira 9.50 pagi.

Dalam video yang dimuat naik di laman Facebook SGRV, kelihatan sebuah kereta Mercedes berwarna kelabu yang sedang dipandu di lorong paling kanan PIE.

Lampu breknya tiba-tiba berkelip sebelum kenderaan itu dipandu perlahan dan kemudian berhenti.

Kenderaan yang merakam video tersebut dapat berhenti dengan serta-merta dan mengelak daripada melanggar kereta di hadapan itu.

Kereta di belakangnya – sebuah lagi kereta Mercedes berwarna biru gelap – sempat juga berhenti dan mengelak daripada melanggar kenderaannya.

Namun, kereta Mercedes berwarna biru gelap itu dilanggar sebuah kenderaan di belakangnya, yang turut mengalami nasib yang sama.

Dalam hantaran video yang dimuat naik di Facebook itu, pemandu kereta yang merakam video itu berkata:

“Kereta di hadapan saya brek, saya brek, tetapi malangnya, kereta Mercedes di belakang saya mengalami kemalangan yang teruk”

Video itu turut menunjukkan sebuah kereta merah cuba mengelak dan melanggar tumbuh-tumbuhan di pembahagi jalan PIE sebelum berhenti.

Seketika kemudian, sebuah motosikal juga dilihat terbabas dan penunggangnya tercampak ke bahagian hadapan lorong ketiga PIE itu.

Menurut polis, empat kereta, satu teksi dan dua motosikal terlibat dalam kemalangan yang berlaku semasa keadaan hujan lebat.

Dua penunggang motosikal lelaki berusia 24 dan 30 tahun dibawa dalam keadaan sedar ke Hospital Tan Tock Seng.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg