Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 diselamat dari lori selepas nahas 4 kenderaan di PIE

Mar 11, 2025 | 5:34 PM
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis, kemalangan yang berlaku sekitar 3 petang berhampiran jejantas Toh Guan pada 10 Mac melibatkan kereta dan tiga lori.
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis, kemalangan yang berlaku sekitar 3 petang berhampiran jejantas Toh Guan pada 10 Mac melibatkan kereta dan tiga lori. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK SINGAPORE ROADS ACCIDENT

Dua individu terperangkap di dalam sebuah lori susulan satu kemalangan melibatkan empat kenderaan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada 10 Mac.

Mereka diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan dihantar ke hospital.

Menurut SCDF dan polis, nahas itu yang berlaku sekitar 3 petang berhampiran jejantas Toh Guan, di PIE ke arah Changi, melibatkan sebuah kereta dan tiga lori.

Pasukan penyelamat menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan dua mangsa yang terperangkap di tempat duduk depan lori berkenaan.

Seorang lelaki lain yang berada di dalam lori tersebut, tidak terperangkap, lapor The Straits Times (ST).

Pemandu lori yang berusia 24 tahun, dan dua penumpangnya yang terperangkap, berumur 32 dan 59 tahun, dihantar dalam keadaan sedar ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Siasatan masih dijalankan.

Video kejadian itu yang dimuat naik ke akaun Facebook Singapore Roads Accident menunjukkan tiga lori dalam keadaan saling bertembungan di lorong paling kiri PIE.

Bahagian depan lori di tengah mengalami kerosakan teruk.

Terdapat sebuah alat pemadam api di permukaan jalan raya di hadapan lori tersebut, serta bahan berwarna putih di bawah kenderaan.

Sebuah kereta hatchback yang tiada tanda kerosakan kelihatan lebih jauh dari ketiga-tiga lori itu namun tidak pasti jika ia terlibat dalam kemalangan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg