Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 dibawa ke hospital setelah 9 kenderaan langgar di PIE

Jan 19, 2025 | 5:27 PM
Empat orang dibawa ke Hospital Tan Tock Seng selepas perlanggaran berantai membabitkan lapan kereta dan sebuah van di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada 18 Januari.
Empat orang dibawa ke Hospital Tan Tock Seng selepas perlanggaran berantai membabitkan lapan kereta dan sebuah van di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada 18 Januari. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO FACEBOOK RAVEN QIU

Empat orang dibawa ke Hospital Tan Tock Seng selepas perlanggaran berantai membabitkan lapan kereta dan sebuah van di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), selepas jalan susur keluar Stevens Road, pada 18 Januari.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kemalangan itu sekitar 3.25 petang pada 18 Januari.

Pihak polis berkata seorang pemandu kereta lelaki dan tiga penumpang wanita dari kereta lain dibawa ke hospital.

Seramai empat orang yang berusia antara 34 tahun dengan 77 tahun itu dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital, lapor The Straits Times.

Seramai lapan pemandu kereta dan seorang pemandu van, berusia antara 31 tahun dengan 73 tahun, sedang membantu siasatan, tambah pihak polis.

Satu video yang dimuat naik di kumpulan Facebook Complaint Singapore menunjukkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan berada di lorong tengah.

Ambulans SCDF dilihat di belakang kenderaan yang terlibat dalam nahas itu.

Sebuah motosikal polis trafik pula berada di hadapan ambulans tersebut.

Video itu juga menunjukkan beberapa pegawai memberi bantuan kepada mereka yang berada di tempat kejadian.

Beberapa pegawai juga dilihat membawa pengusung sedang beberapa orang berdiri berdekatan.

Kemalangan itu adalah yang terbaru dalam beberapa kejadian perlanggaran berantai di jalan raya Singapura.

Sekurang-kurangnya lima lagi kemalangan berbilang kenderaan telah dilaporkan dalam tempoh dua bulan.

Pada 26 November, seramai enam orang cedera dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di PIE.

Tiga hari kemudian, seramai 17 orang dibawa ke hospital selepas kemalangan membabitkan beberapa kenderaan berhampiran Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Pada 12 Disember pula, tiga lelaki cedera dalam satu lagi perlanggaran berantai enam kenderaan di PIE.

Keesokan harinya, empat orang cedera dalam kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah lori di Yishun Avenue 2.

Empat orang turut dibawa ke hospital selepas perlanggaran membabitkan dua kereta dan dua lori di Ekspreswe Seletar menghala ke Ekspreswe Bukit Timah pada 20 Disember.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg