2 individu dibawa ke hospital selepas nahas 3 kenderaan di Woodlands

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 individu dibawa ke hospital selepas nahas 3 kenderaan di Woodlands

Mar 10, 2026 | 5:35 PM

2 individu dibawa ke hospital selepas nahas 3 kenderaan di Woodlands

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
hospital, kemalangan Woodlands, kemalangan 3 kenderaan, Woodlands Avenue 6
Polis menerima laporan mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal di Woodlands Avenue 6 pada sekitar 10.45 malam, 9 Mac. - Foto ST

Dua individu dibawa ke hospital susulan insiden kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan pada lewat 9 Mac.

Polis berkata mereka menerima laporan mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal di Woodlands Avenue 6, pada sekitar 10.45 malam.

Penunggang motosikal, seorang lelaki berumur 23 tahun; dan penumpang van, seorang remaja berumur 13 tahun, dibawa ke hospital dalam keadaan sedar, kata polis.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata salah seorang daripada mereka dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat (KTPH), manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Pemandu van, seorang lelaki berumur 32 tahun, sedang membantu dalam siasatan polis yang sedang dijalankan.

Kemalangan yang berlaku pada lewat malam itu menyekat jalan dua lorong tersebut, menyebabkan perkhidmatan bas yang melalui laluan terjejas perlu mengambil laluan lain. 

Foto di lokasi menunjukkan ketiga-tiga kenderaan yang terlibat menyekat kedua-dua lorong, dengan motosikal terbalik mengiring ke atas jalan dan tersepit di antara van dan kereta tersebut.

Bahagian depan van kelihatan remuk, dengan sebahagian bampar depan kenderaan berada di atas jalan.

Sekurang-kurangnya dua kenderaan SCDF dan sebuah kereta polis dilihat berada di lokasi kejadian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg