Kematian nahas jalan raya cecah tahap tertinggi 10 tahun, 149 kes pada 2025

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kematian nahas jalan raya cecah tahap tertinggi 10 tahun, 149 kes pada 2025

TP: Membimbangkan ialah bilangan warga emas yang maut, naik dari 11 pada 2024 kepada 27 pada 2025
Feb 26, 2026 | 7:42 PM

Kematian nahas jalan raya cecah tahap tertinggi 10 tahun, 149 kes pada 2025

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
warga emas, kematian nahas jalan raya, naik dua kali ganda
Bilangan warga emas yang meninggal dunia sangat membimbangkan kerana ia meningkat lebih dua kali ganda daripada 11 pada 2024 kepada 27 pada 2025, dengan kesemuanya merupakan pejalan kaki. - Foto ST

Keselamatan jalan raya di Singapura kini berada pada tahap paling membimbangkan dalam beberapa tahun ini, dengan 149 kematian akibat trafik direkodkan pada 2025.

Ia merupakan jumlah tertinggi dalam 10 tahun berbanding 141 kes pada 2016.

Pada 2024, terdapat 142 kematian.

Bilangan kecederaan juga meningkat daripada 9,342 orang pada 2024 kepada 9,955 pada 2025.

Yang membimbangkan pihak berkuasa ialah bilangan warga emas yang meninggal dunia, meningkat daripada 11 pada 2024 kepada 27 pada 2025, kesemuanya melibatkan pejalan kaki.

Bagi menangani isu tersebut, Polis Trafik (TP) akan memperketat penguatkuasaan, termasuk mengaktifkan pemantauan kelajuan pada lebih banyak kamera lampu isyarat.

TP berkata demikian pada 26 Februari ketika mengeluarkan statistik trafik tahunan bagi 2025.

Menurutnya, trend peningkatan kemalangan dalam beberapa tahun terakhir sangat membimbangkan.

Jumlah kemalangan trafik yang mengakibatkan kematian meningkat daripada 139 kes pada 2024 kepada 147 kes pada 2025.

Jumlah kemalangan trafik yang mengakibatkan kecederaan juga meningkat, daripada 7,053 kes pada 2024 kepada 7,560 kes pada 2025.

Lebih ramai pemandu melebihi had laju telah ditahan, dengan kesalahan memandu laju meningkat daripada 201,358 kes pada 2024 kepada 253,550 kes pada 2025 – bersamaan sekitar 695 orang ditahan setiap hari.

Bagaimanapun, kemalangan berkaitan memandu laju menurun daripada 547 kes pada 2024 kepada 515 kes pada 2025.

Bilangan kemalangan maut berkaitan memandu laju juga menurun daripada 46 kes pada 2024 kepada 41 kes pada 2025.

Sebaliknya, kemalangan akibat melanggar lampu isyarat meningkat daripada 96 kes pada 2024 kepada 122 kes pada 2025, dengan tujuh kemalangan maut dicatatkan pada 2025 – satu kes lebih banyak berbanding 2024.

Bagi menangani peningkatan kematian akibat jalan raya, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan TP telah melaksanakan hukuman lebih berat bagi kesalahan memandu laju sejak 1 Januari, serta memperluas penggunaan alat had laju bagi lori.

Setakat 1 Februari, 80.1 peratus lori dengan berat muatan maksimum antara 3,501 kilogram dengan 5,000 kilogram yang didaftarkan sebelum 1 Januari 2018 telah memasang alat had laju.

TP juga telah menaikkan piawaian keselamatan bagi topi keledar motosikal dan sistem keselamatan kanak-kanak, serta akan memulakan operasi Kamera Penguatkuasaan Kesalahan Trafik (TVEC) mulai 1 Mac.

Kamera yang bertanda jalur oren dan putih itu menggunakan analisis video dan pengecaman nombor plat automatik untuk merakam kesalahan trafik.

TP berkata keselamatan jalan raya memerlukan budaya saling menghormati dan beradab antara semua pengguna jalan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg