Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 lelaki ditahan berhubung serangan pisau di Woodlands

Mar 12, 2025 | 4:02 PM
Seorang lelaki berusia 20 tahun dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) dalam keadaan sedar.
Seorang lelaki berusia 20 tahun dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) dalam keadaan sedar. - Foto TANGKAP LAYAR STOMP

Dua lelaki berusia 30 dan 31 tahun ditahan selepas kejadian serangan pisau yang didakwa berlaku di Woodlands pada 10 Mac.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), polis berkata mereka menerima panggilan bantuan di Blok 778, Woodlands Drive 60 sekitar 10.55 malam pada 10 Mac.

Dua lelaki itu ditahan atas dakwaan menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya, lapor The Straits Times (ST).

Seorang lelaki 20 tahun dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) dalam keadaan sedar.

Dalam rakaman video kamera papan pemuka yang dikongsi di laman Stomp, tiga lelaki dilihat mengejar seorang lelaki lain. 

Tiga lelaki yang mengejar itu tampak seperti sedang memegang beberapa barang di tangan mereka.

Jeritan dapat didengar dalam video tersebut.

Individu yang menyumbang rakaman itu berkata beliau dan keluarganya yang sedang berada di dalam flat mereka, turun ke tempat kejadian selepas mendengar kekecohan.

Mereka mendapati seorang lelaki mengalami luka dalam pada bahagian paha.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg