2 lelaki dituduh libat rasuah kontrak pemerintah
Dua lelaki dihadapkan ke mahkamah daerah pada 9 Mac, dituduh terlibat dalam kes rasuah yang berkaitan kontrak pemerintah.
Hoo Cheong Hau, 43 tahun, dan Lim Chee How Nicholas, 45 tahun, masing-masing menghadapi dua tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (PCA).
Dokumen mahkamah tidak memberikan butiran mengenai kontrak pemerintah tersebut.
Ketika kejadian, Hoo ialah pengarah Ten Innovation, sebuah syarikat perundingan Teknologi Maklumat (IT), manakala Lim adalah arkitek penyelesaian di ATOS Information Technology, sebuah syarikat perisian.
Lim didakwa menerima rasuah $125,000 sebagai ganjaran memajukan kepentingan perniagaan Ten Innovation dengan ATOS berhubung kontrak pemerintah dalam beberapa kesempatan antara 2016 dengan 2017.
Individu yang didapati bersalah atas kesalahan rasuah di bawah PCA boleh didenda sehingga $10,000, dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.
Jika kesalahan itu melibatkan kontrak atau subkontrak dengan pemerintah atau badan awam, tempoh penjara maksimum bagi setiap kesalahan boleh ditingkatkan kepada tujuh tahun.
Kes mereka akan dibicarakan semula di mahkamah pada April.

