Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 lelaki warga China didakwa pecah masuk

Dec 20, 2024 | 7:39 PM
Polis menemui semula dua jam tangan bernilai sekitar $8,800 kesemuanya, sebuah beg kantung berjenama bernilai sekitar $5,000, wang tunai kira-kira $3,570 dan pelbagai jenis barang kemas. 
Polis menemui semula dua jam tangan bernilai sekitar $8,800 kesemuanya, sebuah beg kantung berjenama bernilai sekitar $5,000, wang tunai kira-kira $3,570 dan pelbagai jenis barang kemas.  - Foto ST

Seorang daripada dua penjenayah asing yang dipercayai memecah masuk dan mencuri di rumah berhalaman di Singapura berkata di mahkamah bahawa dia mahu mengaku bersalah.

Pada 20 Disember, warga China, Feng Yunlong, 38 tahun, dan Zhang Yongxiang, 52 tahun, masing-masing menghadapi satu tuduhan pecah masuk untuk melakukan kecurian.

Mereka dipercayai memasuki sebuah rumah di Greenleaf View di kawasan Holland pada 16 Disember sekitar 9 malam dengan membuka tingkap sorong, lapor The Straits Times (ST).

Menurut kertas pertuduhan, mereka mencuri sebuah jam tangan Cartier Roadster bernilai $8,800 dan sebuah jam tangan Casio Edifice bernilai $150.

Feng didakwa melalui pautan video dari Divisyen Polis Central.

Bercakap dengan bantuan jurubahasa Mandarin, Feng menyatakan dia ingin mengaku bersalah dan tidak akan melantik peguam.

Seorang pendakwa polis memohon Feng direman seminggu lagi untuk membawanya keluar bagi siasatan dan lawatan ke tempat kejadian.

Menurut rekod mahkamah, Zhang kini berada di Hospital Besar Changi (CGH) dan akan direman di Divisyen Polis Central selepas dia dibenarkan keluar hospital.

Rekod mahkamah tidak menjelaskan sebab dia dirawat di hospital.

Kededua kes itu akan didengar lagi pada 27 Disember.

Semasa sidang media pada 19 Disember, polis menyatakan bahawa kes di Greenleaf View berlaku semasa pemiliknya tiada di rumah.

Mangsa melaporkan kejadian tersebut pada 18 Disember, dua hari selepas kejadian pecah rumah itu.

Kededua suspek juga dikaitkan dengan satu lagi laporan pecah masuk dan kecurian di sebuah rumah di Zehnder Road di Buona Vista, yang berlaku pada siang hari 18 Disember, menurut polis.

Pegawai polis mengenal pasti kededua suspek selepas meneliti rakaman kamera keselamatan dari kawasan itu.

Mereka menjejak suspek ke sebuah hotel di Joo Chiat dan menahan mereka sekitar 6 petang, kira-kira enam jam selepas laporan polis pertama dibuat pada 18 Disember.

Polis menemui semula dua jam tangan bernilai sekitar $8,800 kesemuanya, sebuah beg kantung berjenama bernilai sekitar $5,000, wang tunai kira-kira $3,570 dan pelbagai jenis barang kemas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg