Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 mayat, dipercayai bapa dan anak perempuan, ditemui di flat Sengkang

Oct 7, 2025 | 6:49 PM
Sengkang, death, father and daughter, mayat ditemui
Kededua mayat ditemui pada 1.35 petang, 6 Oktober, di sebuah flat di tingkat lapan, Blok 324D, Sengkang East Way. - Foto SHIN MIN

Mayat seorang lelaki dan seorang wanita – dipercayai seorang bapa dan anak perempuannya – ditemui di sebuah flat di Sengkang pada 6 Oktober.

Mayat lelaki itu, yang berada dalam keadaan sangat reput, ditemui di dalam bilik tidur, manakala mayat wanita tersebut ditemui berhampiran pintu utama di ruang tamu, lapor akhbar Shin Min Daily News.

Kededua mayat itu ditemui pada 1.35 petang, 6 Oktober, di sebuah flat di tingkat lapan, Blok 324D, Sengkang East Way, kata polis pada 7 Oktober.

Seorang lelaki yang umurnya masih belum dapat dipastikan, dan seorang wanita berusia 47 tahun ditemui terbaring kaku di unit kediaman tersebut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, menurut polis.

Polis turut memohon waris mendiang Cik Xu Na – wanita yang ditemui meninggal dunia itu – agar tampil menghubungi pihak berkuasa. 

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara dalam talian di www.police.gov.sg/i-witness, kata polis.

Apabila The Straits Times (ST) tiba di unit berkenaan, pintu rumah didapati berkunci, tanpa sebarang kasut atau barangan peribadi di luar kediaman itu.

Seorang jiran yang tinggal di tingkat sama berkata:

“Bapa, ibu dan anak perempuan mereka berpindah ke unit ini pada 2001, sama dengan tahun kami sekeluarga berpindah (ke sini). 

“Ketiga-tiganya biasanya menjaga hal masing-masing dan jarang berbual dengan kami. 

“Saya rasa anak perempuan itu kurang sihat dari segi mental kerana dia selalu berbual sendiri dan menggapai-gapaikan tangannya.”

Jiran itu menambah bahawa ibu wanita itu telah meninggal dunia pada 2017.

Bapanya pula kelihatan berusia dalam lingkungan 60-an atau 70-an, tambah jiran itu yang enggan namanya didedahkan.

“Sejak ibunya meninggal dunia, mereka hanya tinggal berdua. Tetapi kami jarang nampak mereka (keluar) kerana mereka sentiasa berada di dalam rumah”.

Seorang pesara berusia 70-an tahun yang tinggal tepat di atas unit tersebut berkata beliau telah menyedari bau yang kuat selama beberapa hari.

“Bau itu begitu kuat sehingga saya boleh membaunya walaupun selepas tingkap ditutup,” katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak melaporkannya kerana menyangkakan ia hanyalah bau sampah.

Siasatan masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg