Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 remaja ditahan kerana didakwa curi kereta dari bengkel di Tai Seng

Jul 12, 2024 | 3:03 PM
Kereta yang terletak di depa bengkel di Tai Seng dicuri dan digunakan oleh dua remaja.
Kereta yang terletak di depa bengkel di Tai Seng dicuri dan digunakan oleh dua remaja. - Foto Hiasan PIXABAY

Dua remaja berusia 16 dan 18 tahun, ditahan pada 10 Julai kerana didakwa mencuri kereta dari sebuah bengkel di sepanjang Kim Chuan Drive di kawasan Tai Seng.

Menurut kenyataan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 11 Julai, polis telah dimaklumkan mengenai kes kecurian pada 9 Julai kira-kira jam 11:05 pagi.

Siasatan awal mendapati kereta yang dicuri itu tidak berkunci dengan kuncinya ditinggalkan di dalam, dan kereta itu diletakkan di sepanjang jalan di luar bengkel.

Pemilik bengkel telah menemui kerosakan pada kereta dan mengesyaki bahawa kereta tersebut telah dipandu oleh seseorang yang kemudian meletakkannya semula di sepanjang jalan.

Kereta itu milik pelanggan bengkel.

Kededua remaja itu ditahan pada 10 Julai selepas pegawai dari Bahagian Polis Ang Mo Kio berjaya mengenal pasti mereka melalui siasatan dan rakaman kamera pengawasan.

Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), remaja-remaja terbabit juga didakwa terlibat dalam kes curi lain membabitkan kenderaan bermotor dari bengkel yang sama.

Mereka akan didakwa di mahkamah pada 12 Julai atas kesalahan mencuri kenderaan bermotor dengan niat bersama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan dikenakan denda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg