Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu tunggal simbah air panas pada empat anaknya

Jun 25, 2024 | 4:26 PM
Ibu tunggal simbah air panas ke atas empat orang anaknya dalam keadaan marah
Ibu tunggal simbah air panas ke atas empat orang anaknya dalam keadaan marah - Gambar hiasan : Pixabay - Alexis

Seorang ibu tunggal mengesyaki salah seorang daripada empat anaknya berusia lapan hingga 11 tahun mencuri wangnya lalu memaksa mereka mencari wang itu sambil menyimbah air panas ke atas mereka.

Pada 24 Jun, ibu tunggal, 33, yang tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti anak-anaknya, mengaku bersalah atas satu pertuduhan mendera seorang kanak-kanak di bawah jagaannya.

Kesalahannya dilakukan ketika tiga anak perempuannya berusia lapan, 10 dan 11 tahun, dan anak lelakinya berusia sembilan tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Tin Shu Min berkata pada 2 Julai 2022, wanita itu mengejutkan anak-anaknya untuk mandi dan menyediakan mereka ke madrasah.

Dia memerintah anak perempuan sulungnya untuk mengambil $20 dari dompetnya untuk membeli roti buat sarapan pagi. Apabila anaknya memberitahu hanya ada $5 di dalam dompet, bukannya $60 yang disangkakan oleh wanita itu, dia mengesyaki salah seorang daripada kanak-kanak itu telah mengambilnya.

Wanita itu menyuruh kanak-kanak itu mencari wang itu sambil memerhati dan mengancam akan menyimbah air panas ke atas mereka jika gagal menemuinya.

Dia kemudian pergi ke dapur, memasak air dan mengisi bekas air dengannya. Dia kembali ke bilik tidur di mana anak-anaknya masih mencari wang itu dan menyimbah air ke atas mereka, meminta mereka memulangkan wang itu.

DPP berkata: “Ketika anak-anaknya terus menafikan mengambil wang itu, dia kembali ke dapur untuk mengisi semula bekas air dan menyimbah air panas ke arah anak-anaknya. Dia mengulangi proses ini lagi dua kali menjadikan sejumlah empat simbahan, satu ke atas setiap kanak-kanak.

“Semasa tertuduh menyimbah air panas ke atas anak-anaknya, mereka menangis, berlari-lari di bilik tidur, dan meminta maaf.”

Kanak-kanak itu terus mencari wang tersebut sehingga terpaksa mandi dan bersiap ke madrasah, tambah DPP.

Semasa wanita itu menanggalkan pakaian anak lelakinya sebelum mandi, dia melihat kesan melecur pada badan anaknya itu.

Dia kemudian memeriksa dan menyedari anak-anak perempuannya telah mengalami kesan melecur yang sama. Dia menangis dan menyapukan minyak (ubat) pada tubuh mereka. Dia kemudian menelefon kakaknya untuk datang, dan mendapatkan ambulans.

Menurut dokumen mahkamah, kanak-kanak itu mengalami kelecuran antara satu hingga 10 peratus di permukaan tubuh mereka. Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu mengalami kecederaan paling serius iaitu melecur di lengan kiri, perut dan kedua-dua paha.

DPP Tin berkata walaupun tiada masalah pergerakan pada semua anggota badan kanak-kanak perempuan itu, kemungkinan besar ia akan mengalami parut berkekalan akibat kecederaan melecur itu. Wanita itu akan dijatuhkan hukuman pada bulan Ogos.

Mereka yang disabitkan kesalahan mendera kanak-kanak yang dipelihara atau dijaganya boleh dipenjara sehingga lapan tahun, didenda sehingga $8,000, atau kedua-duanya sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg