Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 wad perubatan akut dibuka di Bangunan Perubatan Kecemasan SGH baru

Dua lagi akan dibuka pada 2025; sejumlah 84 katil yang disediakan kini hampir dihuni sepenuhnya
Dec 19, 2024 | 7:30 PM
Dua wad perubatan akut di Hospital Besar Singapura (SGH) memberi perkhidmatan kepada pesakit yang telah dinilai memerlukan penjagaan segera, namun tidak berada dalam keadaan sakit kritikal.
Dua wad perubatan akut di Hospital Besar Singapura (SGH) memberi perkhidmatan kepada pesakit yang telah dinilai memerlukan penjagaan segera, namun tidak berada dalam keadaan sakit kritikal. - Foto FACEBOOK ONG YE KUNG

Dua wad perubatan akut telah dibuka di Bangunan Perubatan Kecemasan Hospital Besar Singapura (SGH) yang baru, dengan sejumlah 84 katil yang disediakan di wad tersebut hampir dihuni sepenuhnya, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Dalam satu catatan Facebook pada 19 Disember, Encik Ong berkata beliau telah melawat wad tersebut, yang memberi perkhidmatan kepada pesakit di jabatan kecemasan yang telah dinilai memerlukan penjagaan segera, namun tidak berada dalam keadaan sakit kritikal.

“Tujuannya adalah untuk merawat mereka dengan cepat, dan diharapkan mereka boleh dibenarkan pulang dalam beberapa hari sahaja tanpa perlu dimasukkan ke wad akut di hospital,” jelas beliau.

Encik Ong menambah bahawa perkhidmatan farmasi dan radiologi di bangunan baru di Outram itu juga kini dibuka, bersama sebuah wad pemerhatian yang menyediakan 26 katil bagi pesakit di jabatan kecemasan yang sedang menunggu untuk dimasukkan ke wad.

Menurut beliau, langkah tersebut merupakan usaha penting bagi mengurangkan masa menunggu di jabatan kecemasan dan meningkatkan aliran pesakit di hospital.

“Ini akan memastikan katil disediakan untuk pesakit yang benar-benar memerlukan penjagaan akut,” ujar Encik Ong.

Dua lagi wad perubatan akut akan dibuka pada 2025, apabila Bangunan Perubatan Kecemasan tersebut beroperasi sepenuhnya.

Jabatan kecemasan SGH, serta kawasan ambulans dan kemudahan resusitasi, akan turut dipindahkan ke bangunan baru itu.

“Saya tidak sabar untuk melihat tempat ini sekali lagi tahun depan,” kata Encik Ong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg