Bank otak S’pura akan beri spesimen pertama untuk kajian awal 2025
Premium
Bank otak S’pura akan beri spesimen pertama untuk kajian awal 2025
Jawatankuasa dibentuk pastikan tisu otak digunakan secara etika bagi penyelidikan demensia, Alzheimer
Jan 14, 2025 | 5:30 AM
Gambar menunjukkan spesimen otak yang telah dipotong menjadi blok-blok kecil dan dibeku, yang boleh digunakan untuk kajian berkaitan asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA). - Foto BH oleh KHALID BABA
Bank otak pertama di Singapura dijangka memberikan kumpulan pertama tisu otak kepada para penyelidik untuk kajian perintis pada awal 2025.
Bank itu, yang diasaskan pada 2019, baru-baru ini telah membentuk sebuah jawatankuasa penilaian tisu yang memastikan tisu otak yang diberikan digunakan secara beretika dan adil oleh para penyelidik, kata timbalan pengarah bank itu, Penolong Profesor Yeo Tianrong, dalam satu wawancara bersama Berita Harian.
Laporan berkaitan
Bank Otak S’pura bolehkan kajian penyakit saraf dalam konteks AsiaJan 13, 2025 | 4:05 PM
90,000 warga S’pura daftar dalam projek peta DNA untuk cegah penyakitAug 21, 2024 | 5:38 PM

