Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

200 keluarga memerlukan dari pelbagai kaum terima bantuan dari Masjid Ar-Raudhah

Mar 1, 2024 | 5:30 AM
Masjid Ar-Raudhah menerima cek $10,000 bagi dana peningkatannya yang disampaikan Presiden Kuil Tao (Taoist Temple), Encik Jeffrey Soh (depan, berkemeja-T merah,) kepada pengerusi eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan (bersongkok, empat dari kanan) dengan disaksikan Anggota Parlimen Bukit Batok, Encik Murali Pillai (lima dari kanan), dan wakil-wakil masjid, wakil akar umbi, kelab masyarakat (CC) dan Kumpulan Harmoni Antara Agama.
Masjid Ar-Raudhah menerima cek $10,000 bagi dana peningkatannya yang disampaikan Presiden Kuil Tao (Taoist Temple), Encik Jeffrey Soh (depan, berkemeja-T merah,) kepada pengerusi eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan (bersongkok, empat dari kanan) dengan disaksikan Anggota Parlimen Bukit Batok, Encik Murali Pillai (lima dari kanan), dan wakil-wakil masjid, wakil akar umbi, kelab masyarakat (CC) dan Kumpulan Harmoni Antara Agama. - Foto MASJID AR-RAUDHAH

Menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira agama dan kaum.

Itulah yang berlaku dalam majlis pembahagian bantuan dinamakan ‘Upacara Penyampaian Derma dan Hadiah Kesyukuran Berbilang Agama Untuk Semua’, atau ‘Interfaith Donations and Gift Blessing For All Ceremony’, di Dewan Yam, Masjid Ar-Raudhah, pada 16 Februari.

Seramai 200 keluarga yang memerlukan hadir pada acara itu.

Pada majlis itu, Presiden Kuil Tao (Taoist Temple), Encik Jeffrey Soh, turut menyampaikan derma $10,000 bagi dana peningkatan masjid.

Sejumlah 500 beg berisi barang keperluan dapur dan 500 kotak makanan untuk keluarga yang memerlukan juga diagihkan.

Penerimanya merupakan keluarga yang mendapat bantuan di bawah penyelenggaraan kelab-kelab masyarakat (CC) di Bukit Batok.

Turut hadir ialah Anggota Parlimen Bukit Batok, Encik Murali Pillai, yang turut menyumbang 200 kotak kurma untuk diagihkan kepada jemaah masjid sempena Ramadan.

Acara itu dihadiri pemimpin dan wakil pertubuhan akar umbi dan Kumpulan Harmoni Antara Agama, atau ‘Inter-Religious Harmony Circle’ (IRHC).

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Encik Murali yang telah hadir dan juga Encik Jeffrey Soh atas sumbangan dermanya untuk projek peningkatan Masjid Ar-Raudhah,’’ ujar pengerusi eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan.

Masjid Ar-Raudhah mengharap dan mengalu-alukan sumbangan orang ramai.

HULUR BANTUAN

Bantuan kepada Masjid Ar-Raudhah boleh disalurkan melalui:

1. PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp kepada talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Hantaran cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah dan poskan ke alamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Wakaf melalui arraudhahmosque.mimbar.sg

5. Imbas kod QR yang disediakan.

6. Hubungi talian 6899-5840 atau layari arraudhahmosque.com untuk maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg