Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Mengingati sumbangan, jasa mantan Pengerusi Masjid Ar-Raudhah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mengingati sumbangan, jasa mantan Pengerusi Masjid Ar-Raudhah

Feb 09, 2024 | 05:30 AM



Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Itulah perumpamaan yang layak diberikan kepada mantan pengerusi Masjid Ar-Raudhah, Allahyarham Suparman Adam, yang menjadi pengerusi di Masjid Ar-Raudhah dari 1996 hingga 2000.

Menurut seorang lagi mantan pengerusi Masjid Ar-Raudhah, Encik Malik Majid, yang telah bekerjasama dengannya berkata kerja utama Allahyarham Suparman termasuk merombak bahagian sumber manusia dan skim kebajikan masjid itu, selain mengubah prosedur operasi standard (SOP) dan memperkenalkan bonus prestasi.

Allahyarham juga bertanggungjawab mengusahakan kerja ubah elok besar-besaran di Masjid Ar-Raudhah, menjalankan projek menambah dana masjid dan mengadakan perpustakaan Islam.

Bagi mencapai tujuan itu, Allahyarham telah ke Malaysia dengan kakitangan masjid untuk belajar tentang penubuhan perpustakaan Islam.

Tidak kurang penting, Allahyarham telah memperkenalkan skim pintar dan memperoleh van jenazah untuk masjid. Sebuah daripadanya didapati hasil sumbangan dana daripada Yayasan Lee.

Selain itu, Allahyarham telah juga membina auditorium di Dewan Halijah di masjid itu dan mendapatkan tajaan daripada syarikat pelancongan Halijah Travels.

Dewan Halijah dibina di tingkat dua masjid dan digunakan sebagai kemudahan tambahan untuk kegiatan agama dan sosial.

Mengulas lanjut, Encik Malik berkata:

‘‘Allahyarham seorang yang sangat ceria, peramah dan memiliki keperibadian yang kukuh. Allahyarham berpegang teguh kepada kejujuran dalam menjalankan urusannya terutama semasa berkhidmat sebagai pengerusi.

‘‘Allahyarham merupakan pengerusi pertama di masjid ini yang memiliki ijazah dan bertugas sebagai pengetua sekolah menengah sambil berkhidmat selaku pengerusi masjid.

‘‘Keupayaannya dalam urusan pentadbiran adalah cemerlang. Allahyarham telah dilatih dalam khidmat pemerintah selaku pengetua, terutama dalam hal menjalankan pertubuhan.

‘‘Pengetahuannnya dalam urusan melatih kakitangan masjid mengenai kemahiran pentadbiran juga terpuji. Allahyarham menekankan kejujuran dalam mengendalikan masjid demi memastikan dana masjid diuruskan dengan jujur.”

Encik Malik juga memuji cara Allahyarham mengatur perpustakaan di Masjid Ar-Raudhah demi menggalak pelibatan jemaah dalam pendidikan anak dan diri mereka sendiri.

Allahyarham telah juga membuka tadika dan menyelianya sendiri, kata Encik Malik lagi.

Pengerusi Masjid Ar-Raudhah ketika ini, Ustaz Mohamed Ali Atan, pula berkata:

“Masjid Ar-Raudhah sangat menghargai jasa Alllahyarham Suparman dan mendoakan semoga Allah swt membalas segala jasanya terhadap Masjid Ar-Raudhah dengan sebaik-baik balasan dan Allahyarham dikumpulkan bersama para syuhada dan solihin. Amin. Al-Fatihah.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >