Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

223 disiasat atas dakwaan berkait penipuan libat lebih $6.5j

Nov 29, 2024 | 2:13 PM
Lebih 200 orang sedang disiasat kerana disyaki menjadi penipu atau keldai wang.
Lebih 200 orang sedang disiasat kerana disyaki menjadi penipu atau keldai wang. - Foto ST

Polis sedang menyiasat 223 individu kerana disyaki terlibat dalam lebih 1,100 kes penipuan yang menyebabkan mangsa kerugian lebih $6.58 juta.

Kesemua 147 lelaki dan 76 wanita berusia antara 16 dengan 80 tahun itu disyaki menjadi penipu atau keldai wang, kata polis pada 29 November.

Suspek ditahan dalam satu operasi selama dua minggu dari 15 November hingga 28 November, lapor The Straits Times.

Penipuan itu berkaitan dengan e-dagang, pekerjaan, penyamaran sebagai rakan, pelaburan, cinta Internet dan penyamaran sebagai pegawai pemerintah.

Mereka disiasat kerana kegiatan menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan khidmat pembayaran tanpa lesen, kata polis.

Jika didapati bersalah atas satu atau beberapa jenayah itu, seseorang boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $500,000, atau kededuanya.

Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati terhadap penipuan seperti itu dan menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian telefon bimbit mereka.

Ini bagi mengelak daripada dipertanggungjawabkan jika akaun tersebut digunakan untuk jenayah.

Maklumat lanjut mengenai penipuan di Singapura boleh didapatkan dengan melayari www.scamshield.gov.sg atau menghubungi talian bantuan ScamShield di 1799.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai jenayah seperti itu boleh mengemukakannya melalui talian di 1800-255-0000 atau www.police.gov.sg/i-witness.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg