Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

$40,000 hilang akibat penipuan pancing data Netflix di S’pura sejak Okt

Nov 27, 2024 | 5:36 PM
Jumlah kerugian daripada penipuan pancing data yang melibatkan e-mel palsu daripada Netflix mencecah sekurang-kurangnya $40,000.
Jumlah kerugian daripada penipuan pancing data yang melibatkan e-mel palsu daripada Netflix mencecah sekurang-kurangnya $40,000. - Foto REUTERS

Penipuan pancing data atau phishing yang melibatkan e-mel palsu daripada Netflix muncul semula, dengan sekurang-kurangnya 35 kes berkaitan sejak 1 Oktober, kata polis.

Dalam satu kenyataan pada 27 November, polis berkata jumlah kerugian daripada penipuan itu mencecah sekurang-kurangnya $40,000.

Dalam penipuan itu, mangsa akan menerima e-mel, kononnya daripada Netflix, yang mendakwa terdapat masalah dengan pembayaran atau langganan mereka. Ini katanya akan mengakibatkan akaun mangsa digantung untuk sementara waktu, lapor The Straits Times (ST).

Apabila mangsa menekan klik pada pautan tersebut, mereka akan diarahkan ke laman web penipuan yang akan meminta butiran perbankan atau maklumat kad kredit dan debit mereka.

Penipu didakwa menggunakan maklumat itu untuk membuat pembelian tanpa kebenaran pada kad kredit dan debit mangsa.

Mangsa hanya menyedari mereka ditipu apabila mereka mendapati transaksi yang tidak sah pada kad kredit dan debit mereka atau dalam penyata bank.

Polis berkata Netflix tidak pernah meminta maklumat peribadi, seperti nombor kad kredit dan debit serta butiran akaun bank, melalui mesej teks atau e-mel.

Mereka menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan langkah “ACT” – tambah ciri keselamatan, semak tanda-tanda, dan laporkan kepada pihak berkuasa serta orang lain tentang penipuan – untuk melindungi diri daripada penipuan.

Pada Julai 2022, sekurang-kurangnya lima orang menjadi mangsa penipuan serupa, dengan jumlah kerugian daripada penipuan tersebut mencecah sekurang-kurangnya $12,500.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg