Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

288 suspek tipu disiasat, mangsa kehilangan $6.54j

Nov 16, 2024 | 3:00 PM
Orang awam berjalan berhampiran papan tanda polis yang  mengingatkan orang supaya sentiasa berwaspada. Gambar diambil pada 18 Ogos, berhampiran Pusat Beli Belah Bishan Junction 8.
Orang awam berjalan berhampiran papan tanda polis yang mengingatkan orang supaya sentiasa berwaspada. Gambar diambil pada 18 Ogos, berhampiran Pusat Beli Belah Bishan Junction 8. - Foto ST

Sejumlah 189 lelaki dan 99 wanita berusia antara 16 tahun dengan 76 tahun sedang disiasat polis kerana disyaki terlibat dalam lebih 1,000 kes penipuan (scam), dengan mangsa dilaporkan kehilangan sekurang-kurangnya $6.54 juta.

Mereka terlibat sebagai penipu atau ‘keldai wang’.

Dalam satu kenyataan pada 16 November, polis berkata pegawai daripada Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) dan tujuh divisyen darat Pasukan Polis Singapura melaksanakan operasi dua minggu antara 31 Oktober dan 14 November.

Suspek disyaki terlibat dalam lebih 1,208 kes penipuan, merangkumi kebanyakannya penipuan kerja, e-dagang, penyamaran sebagai kawan, pelaburan, cinta Internet dan pembeli palsu.

Mereka sedang disiasat kerana disyaki menipu, mengubah wang dan menyediakan khidmat pembayaran tanpa lesen.

Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda. Mereka yang didapati bersalah mengubah wang boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan denda hingga $500,000 atau dikenakan kededua hukuman.

Individu yang sabit kesalahan menyediakan khidmat pembayaran tanpa lesen boleh didenda hingga $125,000, dipenjara hingga tiga tahun atau dikenakan kededua hukuman.

Mangsa penipuan di Singapura kehilangan $385.6 juta dalam separuh pertama 2024, dengan jumlah kes meningkat 16.3 peratus kepada bilangan rekod 26,587 kes, menurut perangkaan yang dikeluarkan pada Ogos.

Kebanyakan kes melibatkan mangsa ditipu supaya memindahkan wang kepada penjenayah.

Penipuan e-dagang adalah penipuan yang paling banyak dilaporkan, diikuti penipuan kerja, memancing data, pelaburan dan kawan palsu.

Polis berkata ia mengambil “pendirian serius terhadap sesiapa yang mungkin terlibat dalam penipuan’ dan pelakunya akan dikenakan tindakan undang-undang”.

Ia juga menasihati orang ramai supaya sentiasa menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian telefon bimbit mereka, kerana mereka dianggap bertanggungjawab jika bank akaun atau talian telefon bimbit itu terkait pada jenayah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg