Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

232 disiasat terlibat dalam penipuan, mangsa kerugian $6.15j

Aug 29, 2025 | 6:31 PM
Pada 2024, mangsa penipuan di Singapura mengalami kerugian sebanyak $1.1 bilion, jumlah tertinggi yang pernah dicatat dalam setahun.
Pada 2024, mangsa penipuan di Singapura mengalami kerugian sebanyak $1.1 bilion, jumlah tertinggi yang pernah dicatat dalam setahun. - Foto REUTERS

Lebih 200 orang sedang disiasat oleh polis kerana disyaki terlibat dalam penipuan yang menyebabkan kerugian lebih $6.15 juta, susulan operasi dua minggu.

Seramai 83 wanita dan 149 lelaki berumur antara 16 dengan 72 tahun disyaki sebagai penipu atau keldai wang dalam lebih 650 kes, menurut kenyataan polis pada 29 Ogos.

Kes-kes itu termasuk penipuan menyamar sebagai rakan, penipuan pelaburan, penipuan pekerjaan, penipuan e-dagang, penipuan menyamar sebagai pegawai pemerintah dan penipuan sewa, lapor The Straits Times (ST).

Suspek tersebut sedang disiasat atas kesalahan menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.

Operasi itu dijalankan oleh Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dengan kerjasama tujuh divisyen polis darat dari 15 hingga 28 Ogos.

Pada 2024, mangsa penipuan di Singapura mengalami kerugian sebanyak $1.1 bilion, jumlah tertinggi pernah dicatat dalam setahun.

Jumlah kerugian akibat penipuan pada 2024 naik sekitar 70 peratus berbanding $651.8 juta pada 2023, menurut polis.

Untuk maklumat lanjut mengenai penipuan, hubungi talian ScamShield di 1799 atau layari laman www.scamshield.gov.sg. 

Untuk melaporkan maklumat berkaitan penipuan, hubungi 1800-255-0000 atau kunjungi laman www.police.gov.sg/i-witness.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg