Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

$2.3j disapu penipu yang menyamar sebagai pegawai Iras

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$2.3j disapu penipu yang menyamar sebagai pegawai Iras

Mar 19, 2024 | 06:53 PM



Sekurang-kurangnya 52 orang kehilangan sekitar $2.3 juta pada 2023, akibat menjadi mangsa penipu yang menyamar sebagai pegawai Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras).

Iras menyatakan pada 19 Mac bahawa ia juga melihat kes percubaan menipu pembayar cukai, yang meningkat semasa musim pemfailan cukai semasa, iaitu dari 1 Mac hingga 18 April.

Berdasarkan laporan kepada Iras oleh orang ramai pada 2023, sebanyak 79 peratus penipuan melibatkan mangsa ditawarkan bayaran balik cukai, dan 15 peratus melibatkan mangsa diminta membayar cukai keuntungan modal atau cukai pendapatan bagi keuntungan berkaitan pelaburan.

Sebanyak 5 peratus kes melibatkan penipuan pancingan data melalui e-mel, manakala 1 peratus lagi penipuan sijil setem palsu dan penipuan dokumen cukai palsu, lapor The Straits Times (ST).


Pada Februari, ST melaporkan bahawa jumlah kes penipuan di Singapura mencapai rekod tertinggi pada 2023, sejak polis mula mengesan kes tersebut pada 2016.


Bagi penipuan mengguna alasan bayaran balik cukai, mangsa menerima e-mel daripada penipu yang mendakwa mangsa telah dikenakan cukai pendapatan atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berlebihan.

Penipu kemudian menawarkan bayaran balik kepada mangsa.

Mangsa diarah berkunjung ke laman web palsu yang menyerupai portal Iras, dan diminta memberi maklumat bayaran mereka dan kata laluan sekali (OTP).

Sejak awal 2024, sekurang-kurangnya enam orang menjadi mangsa penipuan serupa, mengakibatkan kehilangan sekitar $3,000.

Muslihat terbaru itu adalah variasi penipuan penyamaran pegawai pemerintah.

Iras menjelaskan bayaran balik cukai tidak akan disalurkan ke kad debit atau kredit pembayar cukai.

Sebaliknya, ia secara automatik dimasukkan ke akaun pembayar cukai melalui PayNow atau akaun bank mereka yang didaftar dengan Iras.

Menurut agensi cukai itu, maklumat mengenai bayaran balik cukai juga tidak dihantar melalui e-mel. Ia boleh diperoleh daripada portal myTax.

Penipu juga pernah menghubungi mangsa melalui e-mel atau wadah mesej untuk menipu mangsa supaya membayar cukai keuntungan modal atau cukai pendapatan ke atas keuntungan atau dividen pelaburan mereka.

Penipu sedemikian biasanya mendakwa berkhidmat dengan syarikat pelaburan mata wang kripto, institusi kewangan atau Iras.

“Ketahuilah bahawa tiada cukai keuntungan modal dikenakan ke atas keuntungan yang diraih daripada penjualan pelaburan dan saham di Singapura,” jelas Iras.

Keuntungan daripada instrumen kewangan lain seperti token digital pada umumnya juga tidak dikenakan cukai, kerana ia dianggap sebagai pelaburan peribadi.

Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipu, orang ramai dinasihatkan agar membuat semakan terhadap institusi kewangan tidak dikenali dengan menggunakan sumber seperti Daftar Perwakilan Kewangan dan Senarai Makluman Pelabur di laman web Penguasa Kewangan Singapura (MAS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >