Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Polis siasat 339 suspek kes tipu, mangsa rugi lebih $10j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat 339 suspek kes tipu, mangsa rugi lebih $10j

Mar 16, 2024 | 05:30 PM



Polis sedang menyiasat 339 orang kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan yang mengakibatkan mangsa kerugian lebih $10 juta.

Seramai 231 lelaki dan 108 wanita, berusia antara 16 dengan 76 tahun, telah ditangkap dalam operasi polis, antara 1 dengan 14 Mac, menurut kenyataan polis pada 15 Mac.

Mereka yang ditangkap itu – disyaki terlibat sebagai penipu atau keldai wang – dipercayai terlibat dalam lebih 1,100 kes penipuan termasuk penipuan pelaburan, e-dagang, pekerjaan, cinta Internet dan penipuan yang melibatkan si pelaku menyamar sebagai rakan mangsa.

Suspek disiasat atas dakwaan kesalahan menipu, mengubah wang secara haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.

Kesalahan menipu membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda.

Kesalahan pengubahan wang haram pula membawa hukuman penjara hingga 10 tahun, denda hingga $500,000, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, kesalahan menjalankan perniagaan untuk menyediakan apa-apa jenis perkhidmatan pembayaran di Singapura tanpa lesen membawa hukuman penjara hingga tiga tahun, denda hingga $125,000 atau kedua-duanya.

Polis menggesa orang ramai agar sentiasa menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau nombor talian telefon bimbit mereka kerana mereka juga akan bertanggungjawab jika ia dikaitkan dengan jenayah.

Menurut angka tahunan yang dikeluarkan oleh polis pada Februari, jumlah kes penipuan di Singapura mencapai rekod tertinggi pada 2023.

Terdapat 46,563 kes dilaporkan pada 2023, jumlah kes penipuan tertinggi sejak polis mula menjejaknya pada 2016. Terdapat 31,728 kes dilaporkan pada 2022.

Mangsa penipuan di Singapura kerugian $651.8 juta pada 2023, turun sedikit berbanding kerugian $660.7 juta pada 2022.

Untuk maklumat lanjut tentang penipuan, lungsuri laman web www.scamalert.sg atau hubungi talian bantuan antipenipuan di 1800-722-6688.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah sedemikian boleh menghubungi talian polis di 1800-255-0000, atau layari www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >