3 dibawa ke hospital dalam kebakaran di kondo Kovan
Kebakaran berlaku di Kovan Regency pada awal pagi 19 Feb
Enam orang diselamatkan, dengan tiga daripada mereka dibawa ke hospital, selepas kebakaran berlaku di sebuah kondominium di Kovan pada awal pagi 19 Februari.
Pemeriksaan The Straits Times (ST) menunjukkan bahawa ini adalah alamat kondominium Kovan Regency.
Apabila SCDF tiba di lokasi tersebut, sebuah unit di tingkat 14 sedang terbakar.
Anggota bomba terdengar jeritan meminta pertolongan dan bunyi ketukan di pintu dari dalam unit itu, kata SCDF.
Mereka segera memasuki unit dua tingkat yang dipenuhi asap itu dan memulakan pencarian.
Empat orang diselamatkan dari tingkat pertama dan dua orang lagi dari tingkat kedua.
Kebakaran yang melibatkan dapur dan ruang tamu di tingkat pertama itu berjaya dipadamkan dengan menggunakan satu jet air.
Sebahagian besar unit itu mengalami kerosakan akibat suhu tinggi dan asap.
Daripada enam orang yang diselamatkan, tiga telah dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) disebabkan terhidu asap.
Salah seorang daripada mereka juga mengalami luka terbakar.
Tiga lagi yang diselamatkan telah diperiksa dan tidak memerlukan bantuan ambulans.
Sekitar 100 orang telah mengosongkan blok yang terjejas itu sebelum SCDF tiba.
Punca kebakaran itu sedang disiasat.

